PEJAM celik pejam celik, acara temasya Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Filipina hampir tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
Ini merupakan kali keempat Filipina menganjurkan Sukan SEA selepas temasya itu pada 1981,1991 dan terbaharu pada 2005.
Namun, boleh dikatakan persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur Sukan SEA kali ini, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC), memang serba-serbi tidak kena.
Apa sebenarnya berlaku?
Sayangnya, Filipina yang sudah dikhuatiri sejak awal lagi sebagai tuan rumah, ternyata belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi hos Sukan SEA kali ini.
Pelbagai keluhan dan komen yang wujud sebaik para kontinjen tiba di Filipina. Antara isunya adalah masalah pengangkutan, tempat penginapan dan venue yang masih dalam proses pembinaan.
Ambil sahaja contoh bilik yang digunakan untuk sidang media acara bola sepak sempena Sukan SEA 2019 yang tular di media sosial. Masih ada lagi perancah (scaffolding) dan kelihatan seperti kerja pembinaan baru dilakukan sejak beberapa hari yang lepas.
Layanan kurang memuaskan
Bukan niat untuk memburukkan keadaan mahupun pihak penganjur namun itulah yang dihadapi oleh kontinjen kita dan negara ASEAN lain termasuk Timor Leste.
Pelbagai kritikan yang diterima, misalnya skuad bola sepak Kemboja, Timor Leste dan Thailand tidak mendapat layanan terbaik dengan pasukan Timor Leste terpaksa menunggu hampir dua jam di lapangan terbang sebelum mereka dibawa ke hotel yang salah oleh pemandu bas.
Malah, pemain Kemboja pula terpaksa tidur di lapangan terbang hampir lapan jam untuk menunggu bas, manakala latihan pasukan Thailand pula dibatalkan ekoran jarak hotel yang disediakan PHISGOC sangat jauh.
Contohnya, lima jam sebelum sepak mula acara bola sepak lelaki membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal semalam, venue itu masih lagi sedang dibaik pulih di luar mahupun dalam stadium.
Perkara sama juga dilihat berlaku di Gimnasium Universiti Filipina yang juga lokasi acara floorball. Venue itu dilihat begitu usang dan daif.
Tiang bumbung dalaman yang berkarat serta bersawang langsung tidak menggambarkan keterujaan tuan rumah untuk menganjurkan sukan terbesar rantau ini.
BACA: Sukan SEA: Kejar masa untuk siapkan kelengkapan venue
BACA: Sukan SEA seminggu lagi, sudah timbul pelbagai kontroversi
Akibat daripada terlalu banyak isu yang dibangkitkan, maka terhasillah tanda pagar #SEAGames2019fail yang ''trending" buat beberapa hari di laman Twitter sejak Isnin.
Ini adalah diantara komen atau kritikan yang dilemparkan netizen menerusi tanda pagar tersebut, terdapat juga yang menjadikan persiapan Sukan SEA Filipina ini sebagai bahan jenaka di media sosial.
Dalam pada itu, Chef De Mission Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Manila, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akui persiapan sempena temasya sukan itu mengalami beberapa masalah antaranya dari segi venue, penginapan dan juga makanan buat atlet negara.
Bagaimanapun perkara itu telah mula diatasi dan dijangka selesai dalam tempoh masa terdekat bagi memastikan persiapan atlet negara tidak terjejas.
Jelasnya, perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Filipina yang mahu perkara itu diatasi segera.
Kebanyakan atlet berdepan situasi sukar apabila terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke sesebuah venue termasuk kekurangan bekalan makanan halal.
Faris Danial Razi
Thu Nov 28 2019
Akibat daripada terlalu banyak isu yang dibangkitkan, maka terhasillah tanda pagar #SEAGames2019fail yang ''trending" buat beberapa hari di laman Twitter sejak Isnin. - BERNAMA
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Jangan di Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister' - Ketua Pembangkang
"Saya ada juga dengar khabar, seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah telah menjadi Perdana Menteri (PM) de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah semasa sesi perbahasan di Parlimen.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.
Ketua Pembangkang tuntut penjelasan kerugian saham MAHB
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan dan tindakan daripada kerajaan berkaitan kontroversi kerugian dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.
Serba-serbi tidak kena dengan Sukan SEA 2019 ... apa sebenarnya berlaku?
Filipina yang sudah dikhuatiri sejak awal lagi dalam menjadi tuan rumah, ternyata belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi hos kali ini