SERGIO Ramos telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas menikmati karier yang cemerlang bersama Sepanyol.
Ramos membuat penampilan sulung untuk La Roja pada 2005 dan mengumpul 180 penampilan untuk pasukan kebangsaannya sekali gus menjadi pemain Sepanyol yang paling banyak beraksi.
Bek tengah itu memainkan peranan penting ketika Sepanyol memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut, menjulang trofi Euro pada 2008 dan 2012 dan membantu pasukan menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.
Ramos, yang akan berusia 37 tahun bulan depan, kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021 dan bukan sebahagian daripada skuad Luis Enrique untuk Euro 2020 atau Piala Dunia 2022 di Qatar.
Luis Enrique dipecat selepas penyingkiran itu, dengan penggantinya Luis de la Fuente berkata bahawa pintu tidak ditutup untuk Ramos kembali ke pasukan.
Tetapi, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu yang sedang berdepan dengan masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, telah memutuskan untuk bersara.
Ia menamatkan karier antarabangsa yang gemilang buatnya yang turut berada di kedudukan kesembilan dalam carta penjaring gol sepanjang zaman negaranya walaupun beraksi di posisi pertahanan dengan 23 gol. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 24 2023

Ramos kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021. - Foto Twitter/@SergioRamos
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

LaLiga: Gol sendiri Sergio Ramos bantu Barcelona menang tipis ke atas Sevilla
Bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, terjaring bola ke gawang sendiri untuk memberikan Barcelona kemenangan tipis 1-0 ke atas Sevilla.

Ligue 1: Selepas Messi, giliran Ramos ucap selamat tinggal PSG
Ramos akan melakukan penampilan terakhirnya di Parc des Princes dalam perlawanan menentang Clermont Foot awal pagi esok.

Sergio Ramos umum persaraan
Ramos, yang akan berusia 37 tahun bulan depan, kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021.

Ramos percaya bermain 'empat atau lima tahun' lagi
Ramos berhijrah ke PSG Julai lalu, tetapi masih belum membuat penampilan buat skuad kendalian Mauricio Pochettino.

Sergio Ramos sah milik PSG
Tandatangani kontrak dua tahun bersama PSG untuk bergandingan dengan pemain yang menjadi sasaran Madrid, Kylian Mbappe, dan seteru lama, Neymar, di Paris.

Ramos akan umum tinggalkan Real Madrid dalam masa terdekat
Akan ada satu majlis perpisahan dengan permain berusia 35 tahun itu, yang kontraknya bersama Madrid akan tamat pada penghujung bulan ini.

Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020
Bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.

Real Madrid: Zaman baru bakal bermula
Berjayakah Real Madrid menewaskan Athletic Club dan mengekalkan kejuaraan Ahad ini?

UCL: Zidane akui Real mahu lebih daripada separuh akhir
Real layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak 2018 selepas seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Liverpool bagi memastikan kemenangan 3-1 secara agregat.

UNL: Aksi sempurna Sepanyol palit aib buat Jerman
Ia adalah kemenangan pertama Sepanyol dalam empat perlawanan selepas skuad bimbingan Enrique itu mencatatkan keputusan seri berturut-turut.