Ringkasan AI
- Kelab K-League 1, Jeonbuk Hyundai, berminat untuk menandatangani Arif Aiman Hanapi, MVP Liga Super musim lalu, untuk memperkuat jentera serangan mereka.
- Arif Aiman telah menjaringkan lima gol dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan berada di belakang Cristiano Ronaldo dalam senarai penjaring terbanyak.
- Selain Jeonbuk, kelab Persepolis dari Liga Pro Iran juga berminat mendapatkan Arif Aiman, namun tiada pengesahan rasmi mengenai tawaran perpindahan tersebut.
Kelab K-League 1 itu difahamkan berminat menandatangani tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut bagi memperkuat jentera serangannya oleh kerana memiliki bakat yang besar pada usia 22 tahun.
Jeonbuk sedang menduduki tempat ketiga liga dan bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini dan pernah diundi bersama wakil negara, Selangor, musim ini.
Statistik terkini mengenai Arif Aiman, dia sudah menjaringkan lima gol dalam kempen ACLE dan berada di belakang pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kelab tiga terbaik Liga Pro Iran, Persepolis, juga mahu mendapatkan khidmat pemain Harimau Malaya itu, tahun lalu.
Sekiranya desas-desus berkenaan benar, Persepolis atau Jeonbuk perlu menebus kontraknya bersama juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang di jangka berakhir 2028.
Melewati perkhabaran tersebut, masih tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung tawaran tersebut. -- Stadium Astro
