NILAI: Berbaki kira-kira dua bulan sebelum Sukan Olimpik 2024, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikhabarkan sedang bergelut dengan kecederaan serta jangkitan bakteria dialaminya ketika ini.
Menurut beliau, keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu persiapannya untuk membuat penampilan kali kedua di pentas Olimpik di Paris pada Julai ini.
Muhammad Shah Firdaus berkata, beliau baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan dialaminya ketika tayar basikal meletup sewaktu mengejar motosikal di hadapannya pada sesi latihan di Velodrom Nasional pada Januari lepas.
"ISN ada buat MRI (pengimejan resonans magnetik) dan mereka menunjukkan gambar tendon bahu saya koyak jadi disebabkan itu pergerakan saya terganggu.
"Doktor juga cadangkan untuk lakukan suntikan bagi membantu bahu saya pulih dengan cepat sebelum menjalani latihan di Eropah nanti," katanya ketika ditemui pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024 semalam.
Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor, menyumbang pingat perak dalam acara keirin lelaki elit di belakang jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mewakili Terengganu manakala adiknya Muhammad Ridwan pula gangsa.
Mengenai jangkitan bakteria, atlet berusia 28 tahun itu berkata beliau mula mengalami perubahan dalam badannya termasuk kerap menggigil selain kesakitan otot sewaktu beraksi pada Piala Trek Jepun di Velodrom Izu, Shizuoka baru-baru ini.
"Kadang-kadang latihan, okey namun esok pula rasa tak larat, macam ada yang tak kena. Lepas perlumbaan tadi badan menggigil, saya tidak pernah rasa sebegitu namun nasib baik berjaya habiskan perlumbaan dan syukur tidak pengsan atau kemalangan," katanya.
Muhammad Shah Firdaus berkata beliau ketika ini bergantung kepada ubat antibiotik yang dibekalkan doktor bagi membunuh kuman dalam badannya susulan jangkitan tersebut.
Sementara itu, beliau yang bakal menjalani fasa latihan akhir di Eropah bulan depan, akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini termasuk kemalangan.
"Saya hanya mahu pastikan tidak boleh jatuh lagi kerana apabila terjadi, ia memang akan ganggu latihan seminggu hingga dua minggu disebabkan perlu jalani tempoh pemulihan.
"Saya akui memang bergelut sejak kebelakangan ini namun hanya perlu bersabar dan percaya Allah SWT akan beri ganjaran nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikhabarkan sedang bergelut dengan kecederaan serta jangkitan bakteria dialaminya ketika ini. - Gambar fail Bernama
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Azizulhasni di tempat keenam dalam keirin lelaki
Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang gagal menaiki podium dalam acara kegemarannya, keirin lelaki pada Sukan Komanwel 2018, di sini hari ini.