KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini bersetuju memberi pakej bantuan menyeluruh kira-kira RM400,000 kepada ratu 400 meter (m) Asia Tenggara, Shereen Samson Vallabouy bagi mengembangkan lagi potensinya di persada dunia.
Menterinya Hannah Yeoh berkata pakej bantuan itu diberikan supaya pemenang pingat emas 400m Sukan SEA 2023 berusia 24 tahun berkenaan dapat meneruskan program latihan di Amerika Syarikat selepas tamat pengajian di Universiti Winona State di Minnesota bulan ini.
Beliau berkata pakej bantuan itu antaranya merangkumi kos penginapan, kejurulatihan, elaun makan, makanan tambahan, suplemen, rawatan cyro, perkhidmatan urutan sukan dan pendedahan kejohanan.
"Pakej bantuan ini akan bermula 1 Jun 2023 hingga Julai 2024 yang akan membolehkan Shereen menjalani latihan di Lifespeed Athletics Florida di bawah kendalian jurulatih Derrick White," katanya pada sidang media pengumuman pakej bantuan itu di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Menerusi pakej bantuan itu, Hannah berharap Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan akan bekerja keras untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia pada Ogos ini di Budapest, Hungary, memenangi emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 dan layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan ini, Shereen menepati ramalan merangkul emas dengan catatan masa 52.53 saat (s), kira-kira sebulan selepas meleburkan rekod kebangsaan berusia 30 tahun dengan kepantasan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California.
Rekod kebangsaan 400m wanita sebelum ini menjadi milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam yang mencatat 52.56s ketika melakukannya di Filipina pada 1993.
Dalam pada itu, Hannah berkata bantuan dinikmati Shereen itu juga adalah komitmen untuk memperkasakan lagi usaha pembabitan wanita dalam sukan yang menjadi antara keutamaan kementerian ketika ini.
"Saya percaya inisiatif diberikan kepada Shereen akan menjadi pendorong kepada lebih ramai atlet muda berpotensi untuk membuktikan kemampuan mereka supaya dapat menikmati bantuan seperti diberikan kepada beliau berdasarkan merit," kata Hannah.
Sementara itu Hannah berkata Majlis Sukan Negara (MSN) sedang dalam proses perbincangan bersama seorang lagi atlet olahraga negara Umar Osman untuk mengenal pasti bentuk sokongan buat beliau mengorak langkah menjelang Sukan Asia Hangzhou dan siri pertandingan selepas itu.
Umar mencipta sensasi pada Sukan SEA 2023 apabila bukan sahaja menggondol emas 400m lelaki, malah atlet kelahiran Kluang, Johor itu turut memecahkan rekod kebangsaan hampir 22 tahun milik Mohd Zaiful Zainal Abidin selepas merakam masa 46.34s pada saingan final.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

Pakej bantuan itu antaranya merangkumi kos penginapan, kejurulatihan, elaun makan, makanan tambahan, suplemen, rawatan cyro, perkhidmatan urutan sukan dan pendedahan kejohanan. - Gambar/ IG shereen_vallabouy
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.

KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.

Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.

Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.

KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.