Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali.
"Perancangan untuk tempoh lima tahun itu sudahpun ada dan perlu dikemas kini sebelum diserahkan kepada Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau perancangan yang dibuat itu bukan sekadar mahu menyediakan aktiviti sukan bermotor selepas ketiadaan perlumbaan Formula Satu (F1) dalam kalendar permotoran negara bermula tahun depan, sebaliknya membangunkan kawasan Litar Sepang untuk jangka masa panjang.
"SIC mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar berkenaan kepada pelbagai guna, iaitu sebagai hab pendidikan dan hiburan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Selain memikirkan jenis-jenis perlumbaan bertaraf antarabangsa yang lain untuk mengisi slot aktiviti di Litar Sepang, kami juga perlu fikirkan bagaimana untuk kekalkan Litar Sepang untuk tempoh yang lama," katanya.
Razlan berkata sebahagian daripada kawasan sekitar Litar Sepang akan dibina kemudahan hotel dan taman tema, mengambil contoh kemudahan yang ada sekitar Litar Suzuka di Jepun.
"Kami masih dalam proses membuat kajian dan tidak mahu terburu-buru untuk menganjurkan acara bagi menggantikan F1," katanya.
Antaranya acara permotoran antarabangsa yang dicadangkan ialah membawa kembali Japan SuperGT serta Australian V8 dan FIM World Endurance Championship.
"Bagaimanapun itu belum muktamad lagi. Kami kena kaji penerimaan penonton untuk anjurkan perlumbaan itu di sini," kata Razlan.
Selepas menganjurkan perlumbaan F1 selama 19 tahun bermula pada 1999, acara berprestij itu melabuhkan tirainya di Malaysia dengan perlumbaan terakhirnya pada Ahad lepas.
Dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini, Razlan menegaskan tanpa perlumbaan F1, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada SIC untuk memenuhi kalendar aktiviti di Litar Sepang.
Sejak lima tahun lepas katanya, kadar pengisian aktiviti Litar Sepang melebihi 90 peratus dan itu menunjukkan Litar Sepang tidak kosong dengan aktiviti permotoran dan juga aktiviti lain.
Menyentuh mengenai sama ada perlumbaan F1 akan kembali ke Malaysia, Razlan berpendapat ia tidak mustahil kembali ke negara ini tetapi bukan dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada beberapa faktor, antaranya melihat perlumbaan itu masih relevan untuk diadakan di sini dan juga tarikannya kepada penonton pada masa itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017

SIC sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang, kata Datuk Razlan Razali.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SIC yakin capai jualan lebih 100,000 tiket GP Malaysia
Setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah.

SIC teroka platform e-sukan cungkil bakat pelumba kereta profesional
Melalui penganjuran bersama e-sukan bersama SIC dan RaceRoom Malaysia, pemenang kejohanan itu berpeluang menjadi pelumba profesional.

SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018
SIC Racing Team sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa penaja swasta yang berminat menaja pasukan berkenaan dan rundingan dijangka dimuktamadkan sebelum pelancaran pasukan itu pada 20 Februari

SIC sudah ada perancangan lima tahun untuk Litar Sepang
Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang.

SIC akan laksana kerja penambahbaikan litar
Promoter dan penganjur perlumbaan, SIC, akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Litar Antarabangsa Sepang, pada Mei atau Jun ini.

SIC tawar diskaun pembelian tiket awal MotoGP
Penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menawarkan tiket diskaun bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) tahun ini.

SIC tidak tutup kedai - Razlan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.

Konsert Lenny Kravitz di Grand Prix F1 Malaysia pada 29 Mac
Pemenang empat anugerah Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.

SIC: Kematian Muhammad Izzat adalah kerana kemalangan
Kemalangan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kecuaian pelumba mahupun marshal perlumbaan.

Zulfahmi tidak sabar untuk beraksi
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yakin mampu memberikan cabaran lebih kuat musim ini.