MELAKA: Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.
Misi memburu emas keempat dalam kejuaraan dunia selepas kali terakhir merangkulnya pada 2016 di Bali, Indonesia termakbul apabila berjaya 'membenam' cabaran Iqbal Chandra Pratama.
Mengharungi perlawanan Kelas F Putera yang penuh aksi asakan dan jatuhan tubuh lawan, Mohd Al Jufferi akhirnya berjaya mengutip mata kemenangan 35-21 ke atas pesilat dari Indonesia itu.
Aksi akhir yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu nyata membakar semangat jaguh seni bela diri negara itu.
Malah sorakan lebih 1,200 penyokong sepanjang perlawanan yang berlangsung di Arena 1 Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) membakar semangat juara empat kali Sukan SEA berkenaan untuk bangkit ketika ketinggalan mata.
Kejayaan diraih pesilat kelahiran Pahang itu melengkapkan sasaran tujuh pingat emas keseluruhan yang disasarkan dalam kategori Artistik dan Tanding.
Dalam pada itu, impian ratu silat negara Siti Rahmah Mohamed Nasir menambah koleksi gelaran dunia lebur di tangan wakil Vietnam, Quang Thi Thu Nghia.
Umpama mengulangi episod hitam pada Sukan SEA di Hanoi, Mei lepas yang tumpas pada pesaing sama, pesilat dari Terengganu itu sekali lagi berdepan kekecewaan apabila kalah 35-60 dalam Kelas F Puteri.
Lebih memeritkan, perlawanan tersebut diiringi rasa tidak puas hati dalam kalangan kontinjen Malaysia apabila juri dikatakan gagal membuat permarkahan dengan adil, termasuk seringkali catatan markah di papan elektronik tidak bergerak walaupun pukulan dan jatuhan yang dilakukan pesilat berusia 35 tahun itu tepat pada sasaran.
Menutup saingan malam ini, turut diumumkan Indonesia akan menjadi tuan rumah Kejuaraan Pencak Silat Dunia bagi edisi akan datang pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Mohd Al Jufferi meraikan kemenangan sambil menggendong anaknya, bagi acara Tanding Kategori F Putera pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh, 31 Julai 2022. --fotoBERNAMA
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia
Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.
Sukan SEA Hanoi: Al-Jufferi ketuai empat wakil negara mara ke separuh akhir
Jaguh silat negara Mohd Al-Jufferi Jamari mengetuai kemaraan empat wakil negara ke peringkat separuh akhir acara silat tanding pada Sukan SEA ke-31, hari ini.
Silat Terbuka Malaysia: Al Jufferi sedia kembali
Jaguh negara itu juga terpaksa melupakan Kejohanan Silat Terbuka Belgium, April lalu gara-gara kecederaan bahu.