MANCHESTER CITY 2 BOURNEMOUTH 1
David Silva menjadi nadi dalam kemenangan 2-1 Manchester City ke atas Bournemouth awal pagi tadi untuk meninggalkan skuad bimbingan Pep Guardiola itu dengan kekaguman.
Pemain tengah berusia 34 tahun itu menyertai City pada 2010, lantas menikmati karier yang luar biasa di Manchester dengan memenangi 11 kejuaraan utama dan menempa namanya sebagai ikon kelab berkenaan.
Pemain tengah veteran itu mungkin akan berhijrah akhir musim ini dengan kepulangan ke Sepanyol dilihat sebagai destinasi pilihannya sebelum dia mengakhiri kariernya yang gemilang.
Begitupun, Silva membuktikan sentuhan terbaiknya masih berbisa dengan mencetak nama selaku penjaring melalui sepakan percuma, kemudian mencipta bantuan gol buat Gabriel Jesus dalam aksi di Stadium Etihad itu.
Biarpun ia bukan satu kemenangan yang meyakinkan, tetapi Guardiola sangat gembira dengan Silva.
"Dia dalam prestasi yang luar biasa, dia adalah salah seorang pemain yang kembali daripada perintah kawalan pergerakan dengan persembahan yang luar biasa," kata Guardiola kepada Sky Sports.
"Dia dalam keadaan yang luar biasa ketika keadaan dan caranya beraksi sangat menarik.
"Mindanya sama ada dengan atau tanpa bola, matlamatnya adalah gol. Ini adalah kali kedua berturut-turut dia menyumbat gol menerusi bola pegun. Dia benar-benar hebat."
Ketika Silva berpindah daripada Valencia, timbul keraguan apakah pemain tengah teknikal itu dapat menyesuaikan diri dalam EPL.
Tetapi dia dengan tegas menyangkal terhadap kesangsian ramai, Guardiola berharap anak buahnya itu dapat menikmati sisa kariernya di destinasi pilihannya.
"Semua orang sangsi, untuk ke mari dan beraksi dalam liga ini bukannya mudah tetapi itulah yang membuktikan mentaliti David. Dia memilikinya, itulah kenyataannya," lanjut Guardiola.
"Dia sudah memutuskan untuk pergi, jadi mudah-mudahan dia dapat menemui tempat di mana dia ingin beraksi pada tahun-tahun terakhir kariernya."
Astro Arena
Thu Jul 16 2020

Silva (tengah) membuktikan sentuhan terbaiknya masih berbisa dengan mencetak nama selaku penjaring melalui sepakan percuma dalam perlawanan di Stadium Etihad awal pagi tadi. - Astro ARENA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.

City tidak mampu tangani Bournemouth - Guardiola
Pep Guardiola mengakui Manchester City 'tidak dapat menangani' intensiti Bournemouth selepas tewas 2-1.

EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.

Liverpool tiada masalah tanpa Salah
Dua gol dijelmakan Diogo Jota dan Darwin Nunez membolehkan angkatan Jurgen Klopp melakar kemenangan ke-14 selepas mengharungi 21 perlawanan.

Piala EFL: Jurgen Klopp gembira Liverpool lolos walaupun perit
Jurgen Klopp memuji keinginan tinggi pemainnya selepas Liverpool menempah tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL).

EPL: Kompany terkilan rayuan penalti Burnley tidak diendahkan
Kompany lebih terkejut apabila bola yang terkena tangan Chris Mepham tidak disemak ketika permainan memasuki minit kelapan masa tambahan.

Justin Kluivert sertai Bournemouth dari Roma
Justin adalah pemain penyerang yang menarik dan serba boleh yang mempunyai sasaran untuk mendapatkan gol.

EPL: Pemain Leeds mohon maaf abaikan penyokong di hotel selepas tewas kepada Bournemouth
Barisan pemain Leeds United memohon maaf susulan kekalahan besar kepada Bournemouth dalam saingan EPL hujung minggu lalu.

EPL: Liverpool tersungkur di Bournemouth
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan pemain The Reds tidak memanfaatkan deretan peluang dimiliki pelawat.

Arteta bangga kesungguhan Arsenal lengkapkan kebangkitan
Arteta bangga kesungguhan Arsenal lengkapkan kebangkitan