Beliau, yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta, berkata BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
"Yang difikirkan mereka (BWF) ketika ini hanya untuk menukar point (sistem pemarkahan). Saya rasa 21 point sudah bagus dan kenapa perlu ditukar.
"Sepatutnya mereka harus fikirkan perkara lain berbanding asyik nak tukar point. Saya tidak mahu cakap (apa perkara lain yang perlu diubah) mereka tahu sendiri," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di ABM hari ini.
Sebelum ini, BWF memaklumkan sesi percubaan sistem 15 mata akan digunakan dalam beberapa kejohanan terpilih termasuk kejohanan bertaraf benua dan kejohanan bertaraf Gred 3 (Siri dan Cabaran Antarabangsa) bermula April hingga September atau Oktober ini apabila usul tersebut mendapat sokongan Majlis BWF dalam mesyuarat yang diadakan pada 9 Nov 2024.
Berdasarkan sistem 15 mata yang diperkenalkan pemain akan bermain secara tiga set dengan perlawanan dihentikan seketika apabila pemain mendapat lapan mata.
Sekiranya kedua-dua pemain terikat pada kedudukan 14-14, tambahan dua mata diperlukan untuk memenangi set permainan dengan maksimum 21 mata.
Keputusan akhir sama ada sistem 15 mata akan digunakan atau tidak bakal ditentukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan BWF pada 2026.
--BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)