KUALA LUMPUR: Malaysia diberi penghormatan menjadi negara pertama untuk Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) memperkenalkan sistem ranking dunia buat julung kali bagi sukan itu dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini dari 19 hingga 26 Mei depan.
Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata pengenalan sistem ranking ada kejohanan itu merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.
"...mungkin selepas ini ISTAF hanya membenarkan negara yang ada ranking sahaja masuk kejohanan berprestij seperti Sukan Asia sama seperti badminton dan sukan-sukan lain.
Ini adalah proses kemas kini bagi membolehkan mendapat pengiktirafan daripada IOC dan kalau sepak takraw masuk Sukan Olimpik sudah ada sistem yang diperkenalkan dan tidak cacamarba sebab itu Piala Dunia di Malaysia ini amat penting," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Piala Dunia Sepak Takraw di sini hari ini.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
Menyentuh mengenai kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Abdul Halim memaklumkan sekurang-kurangnya 16 negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij berkenaan dengan 11 daripadanya sudah mengesahkan slot menerusi tiga acara iaitu berpasukan, regu dan berpasangan.
Beliau berkata 11 negara yang mengesahkan penyertaan mereka ialah Malaysia, Thailand, India, Korea Selatan, Myanmar, China, Taipei, Vietnam, Brunei, Singapura dan Jepun.
"Penyertaan Piala Dunia Sepak Takraw ini hanya terbuka kepada pasukan lelaki sebab wanita akan berlangsung di Arab Saudi tahun depan.
Jadi memang banyak pasukan elit akan sertai dan kita juga sebenarnya dapat maklum balas positif daripada Jerman, kombinasi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang turut mahu menghantar pasukan mereka. Tarikh tutup penyertaan pada hujung bulan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024

Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata pengenalan sistem ranking ada kejohanan itu merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.

Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.

Jangan taksub sistem ranking - Mohamed Khaled
Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan institusi pengajian tinggi di negara ini supaya tidak terlalu taksub kepada sistem ranking.