KUALA LUMPUR: Pemegang gelaran Women International Master (WIM) Siti Zulaikha Foudzi akan kembali beraksi di pentas dunia catur, setelah 14 tahun bersara dalam sukan itu.
Pemain catur berusia 34 tahun itu merupakan antara 10 pemain yang bakal membawa cabaran negara di Kejohanan Olimpiad 2022 di Chennai, India bermula 28 Julai sehingga 10 Ogos ini.
Ketua delegasi pasukan negara Muhammad Firdaus Ismail berkata meskipun Siti Zulaikha berpotensi menjadi sandaran untuk memegang gelaran Grandmaster di pentas beprestij itu, namun pihaknya tidak meletakkan harapan tinggi melihat kepada faktor atlet itu yang sudah lama meninggalkan dunia catur.
"Beliau baru nak buat penampilan semula pada kejohanan kali ini sejak bersara, jadi agak sukar untuk letak sasaran mendapat gelaran Grandmaster, tetapi dia antara pemain Malaysia yang terkuat yang kita ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain Siti Zulaikha, seorang lagi pemegang WIM, Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar, Women Fide Master (WFM) Puteri Rifqah Fahada Azhar, Sim Ja Ru dan Agnes Chong akan turut mewakili skuad wanita beraksi di kejohanan itu manakala Wong Yin Lonh, Fide Master (FM) Lim Zhuo Ren, Poh Yu Tian, Lye Lik Zhang dan Tan Jun Ying bagi pasukan lelaki.
Muhammad Firdaus berkata tiada sasaran diletakkan di bahu skuad kebangsaan, sebaliknya mereka diharap dapat meningkatkan kedudukan dalam perlawanan.
"Jadi sasaran hanya untuk pasukan mendapatkan tempat lebih baik dari segi kedudukan, setidak-tidaknya yang terbaik antara negara-negara ASEAN," katanya.
Skuad catur negara bakal berangkat ke India pada 27 Julai ini.
Pasukan Malaysia hanya mampu mara hingga ke Divisyen 2 dalam kejohanan Online Olimpiad 2021 yang dianjurkan China tahun lepas.
Malaysia tidak pernah terlepas beraksi di pentas kejohanan Olimpiad sejak kejohanan ke-21 di Perancis pada 1974, kecuali apabila Israel menjadi tuan rumah pada 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Pemain catur berusia 34 tahun itu merupakan antara 10 pemain yang bakal membawa cabaran negara di Kejohanan Olimpiad 2022 di Chennai, India bermula 28 Julai sehingga 10 Ogos ini. - bcwmcf.blogspot.com
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
Siti Zulaikha kembali sertai Olimpiad 2022 selepas 14 tahun bersara
Pemain catur berusia 34 tahun itu merupakan antara 10 pemain yang bakal membawa cabaran negara di Kejohanan Olimpiad 2022 di Chennai, India.