KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya selepas kira-kira dua minggu menerima rawatan susulan terbabit dalam kemalangan kereta, akhir bulan lepas.
Pengarah Persatuan Raket Squasy Malaysia (SRAM) Mejar (B) S. Maniam memaklumkan pemain berusia 23 tahun itu akan pulang ke rumah ibu bapanya di Bukit Jalil.
Maniam berkata atlet kelahiran Kedah itu perlu menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) setiap hari untuk proses pemulihan selain rawatan susulan di Hospital Putrajaya.
"Mungkin dua minggu sekali ke Hospital Putrajaya. Sebelum ini, saya jumpa dia dua tiga kali...masih bersemangat dan tidak sabar untuk kembali menjalani latihan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ditanya mengenai kedudukan Sivasangari yang melonjak tiga anak tangga dan kini menghuni ranking ke-16 dunia baru-baru ini, Maniam berkata peningkatan ranking itu merupakan paling tinggi pernah dicapai atlet berkenaan.
Jelasnya, SRAM sebelum ini sudah menghantar permohonan kepada Persatuan Skuasy Profesional (PSA) supaya ranking Sivasangari dikekalkan sepanjang tempoh pemulihannya.
"Dua hari lepas, SRAM ada buat permohonan kepada PSA untuk menandakan ranking sehingga Sivasangari kembali beraksi, maksudnya menetapkan ranking Sivasangari untuk beberapa bulan, tetapi setakat ini PSA belum memberi apa-apa respons," katanya.
Sivasangari yang sebelum ini menjadi sandaran emas dan pembawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 terpaksa melupakan hasratnya untuk membuat penampilan di temasya sukan itu selepas tragedi kemalangan yang menimpanya pada 26 Jun lepas.
Justeru, kekosongan yang ditinggalkan beliau akan diisi Aifa Azman sebagai pengganti pembawa jalur gemilang bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin.
Aifa juga akan bergandingan bersama Rachel Arnold dalam acara beregu wanita di pentas berprestij itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022

Sivasangari perlu menjalani rawatan di ISN setiap hari untuk proses pemulihan selain rawatan susulan di Hospital Putrajaya. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.

Noor Aina bakal buat penampilan dalam Kejohanan Skuasy Dunia
Noor Ainaa kini berada di Birmingham selepas selesai peringkat kelayakan (Kejohanan Dunia).

Pemain skuasy negara perlu pebih banyak pendedahan - Nicol
Pemain negara perlukan pengalaman bertarung dengan pemain handalan dunia yang lain, sekali gus membantu mereka memperbaiki prestasi semasa.

Sukma MSN: Kata-kata semangat rakan sepasukan bantu Chan Yi Wen raih emas skuasy
Kecederaan yang dialaminya menyaksikan dia terpaksa tunduk 8-11, 3-11 kepada Aira dalam dua set berikutnya.

Sivasangari dibenar keluar hospital hari ini
Pemain skuasy negara itu perlu menjalani rawatan di ISN setiap hari untuk proses pemulihan selain rawatan susulan di Hospital Putrajaya.

Dirogol, diseksa, wanita di India terus jadi mangsa serangan seksual
Ibu bapa pemain skuasy remaja terkemuka Switzerland, Ambre Allinckx melarang anak mereka ke India untuk menyertai satu kejohanan baru-baru ini.

Malaysia lakar sejarah muncul juara berpasukan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Skuad berpasukan campuran negara melakar sejarah apabila dinobatkan juara di final Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.