KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara ke Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja diminta untuk menyerap semangat juang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang melakar kejutan menumpaskan Viktor Axelsen dalam saingan All England, Khamis malam.
Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA, Sharon Wee berkata barisan pemain muda ke temasya dwitahunan itu Mei ini, perlu menanamkan rasa tidak gentar dalam diri apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik daripada mereka.
"Saya harap kontinjen badminton Sukan SEA akan mengikut jejak langkah Tze Yong, tidak takut serta gentar berdepan pemain ranking tinggi.
"Atlet perlu percaya kepada proses latihan serta diri mereka kerana apa jua boleh berlaku dalam sukan asalkan beri 150 peratus di gelanggang," katanya sempena lawatan ke sesi latihan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.
Menurut Sharon, berbaki beberapa minggu lagi sebelum temasya tersebut membuka tirai daripada 5 hingga 17 Mei ini, kemaraan Tze Yong itu dilihat mampu meningkatkan emosi serta mental pemain muda yang menggalas cabaran di Sukan SEA nanti.
"Saya percaya dengan pemain muda boleh jadikan ia sebagai contoh untuk pamerkan persembahan terbaik atas gelanggang," katanya.
Pada Khamis, Tze Yong menghuni ranking ke-28 dunia mencipta sensasi apabila menyingkirkan Axelsen yang juga penyandang juara All England pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita di Birmingham.
Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark itu menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15 sebelum tewas di set kedua 9-21 namun bangkit menoktahkan kemenangan 23-21 di set penentuan.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata skuad negara setakat ini menyasarkan satu pingat emas di Phnom Penh.
"Kami ada berbincang sebelum ini berkemungkinan satu emas. Mengenai prospek itu ia mungkin hadir daripada acara perseorangan lelaki atau berpasukan lelaki tapi ia juga bergantung dengan pasukan mana kita bertemu," katanya.
Pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, skuad badminton negara menepati sasaran satu pingat emas menerusi acara beregu campuran selepas gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See di saingan akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Ng Tze Yong ketika beraksi menentang Viktor Axelsen pada aksi pusingan kedua All England di Arena Utilita di Birmingham pada Khamis. - Foto BAM
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.