MALAYSIA melakar sejarah unik apabila merangkul 18 pingat emas, 13 perak dan lima gangsa, sekali gus mendominasi Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya 2022 di Velodrom Nasional di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Kejayaan terbaharu itu meneruskan rentak kecemerlangan skuad negara yang merakamkan kejayaan bersejarah meraih satu perak dan satu gangsa pada Kejohanan Basikal ParaTrek Sedunia di Montigny-le-Bretonneux, Perancis bulan lalu.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, kejayaan yang dicipta di Nilai itu bermakna skuad para Malaysia berada di landasan terbaik untuk mendominasi Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia 2026.
“Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan para Malaysia yang berjaya mendominasi sepenuhnya Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya 2022.
“Sekalipun hanya tiga negara yang mengambil bahagian iaitu India, Indonesia dan Malaysia, namun kualiti kejohanan sangat tinggi.
“India dan Indonesia menghantar barisan pelumba yang bertaraf antarabangsa. Jadi, kejayaan ini sangat bermakna kepada skuad para Malaysia secara keseluruhan,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.
Abu Samah turut memuji gandingan Mohd Khairul Hazwan Abd Wahab dan Muhd Arfy Qhairant Amran yang merangkul lima pingat emas menerusi acara 4 kilometer (km) kejar-mengejar, Tandem Sprint, Tandem Team Sprint dan 1km.
“Khairul membuktikan kejayaannya di Montigny-le-Bretonneux, Perancis bulan lalu bukan satu kebetulan.
“Sekalipun beraksi dalam masa sebulan, dia tetap berupaya mempamerkan kehebatan tersendiri.
“Saya berharap Khairul terus berusaha untuk mengekalkan prestasi secara konsisten bagi mengejar pingat pada kejohanan akan datang,” ujarnya yang turut berharap kejayaan skuad para Malaysia menerima pengiktirafan sewajarnya daripada pihak tertentu khususnya Majlis Sukan Negara (MSN). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 27 2022

Atlet berbasikal meraih kejayaan cemerlang pada Kejohanan Basikal Para Trek dan Para Lebuhraya di Velodrom Nasional, Nilai baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Skuad berbasikal para trek cemerlang
Kejayaan terbaharu itu meneruskan rentak kecemerlangan skuad negara.