Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara di bawah kendalian Frank Bernhardt mampu mencapai misi pingat emas Sukan SEA 2017 yang dianjurkan Malaysia, tegas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata walaupun Bernhardt menerima 'tugas tambahan' melatih pasukan B-21 dan B-19 negara, beliau yakin fokus pengendali kelahiran Jerman itu tidak terjejas dalam mempersiapkan skuad B-23 meraih ibu segala pingat pada temasya sukan dwitahunan tersebut.
"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Bernhardt sejak awal lagi dan pemain yang akan dipilih mewakili negara pada Sukan SEA nanti datangnya daripada kelompok ini (B-23, B-21 dan B-19).
"Jadi, kita beri peluang kepadanya (Bernhardt) untuk menilai persembahan semua pemain ini selain memudahkan beliau membentuk skuad yang mantap untuk menghadapi kejohanan pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada 'Hari FAM bersama Media 2016' di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari Ahad.
Dalam perkembangan berasingan, Afandi menjelaskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah memberi jaminan kepada FAM untuk menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas pemain pasukan Pantai Timur itu sebelum tarikh akhir pembayaran pada 30 Mei ini.
"Saya difahamkan KAFA sedang berusaha keras menyelesaikan perkara ini," katanya.
Lima bekas pemain Kelantan iaitu Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang sudah menyertai pasukan lain musim ini, dilaporkan masih belum menerima pembayaran penuh tunggakan gaji mereka yang sepatutnya dibayar KAFA pada 11 Mei lepas.
FAM sebelum ini dilaporkan memberi amaran kepada KAFA untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji berkenaan atau berdepan tindakan pemotongan mata atau disingkirkan ke Liga Perdana sekiranya masih gagal menyelesaikan isu itu.
Hari FAM bersama Media merupakan antara platform yang digunakan FAM dalam mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media sukan dan badan induk itu.
Pelbagai acara seperti tarik tali, bola sepak lima sebelah, sukaneka, bola jaring turut diadakan pada program santai berkenaan yang berlangsung sehari suntuk dan dihadiri ahli exco, staf dan penaja FAM selain pengamal media sukan tempatan.
Bernama
Sun May 22 2016

Bernhardt menerima 'tugas tambahan' melatih pasukan B-21 dan B-19 negara. - Foto sumber FAM

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pecat pengadil: 'Tindakan FAM keterlaluan, malukan Fitri Maskon'
Tindakan FAM yang mengambil keputusan drastik memecat pengadil, Fitri Maskon disifatkan sebagai terlalu keterlaluan dan kejam.

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Fitri Maskon jadi pengadil pertama dipecat FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah.

Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.

23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.

Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.