KUALA LUMPUR: Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini.
Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final, sekali gus menyaksikan pasukan remaja kebangsaan menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 yang akan berlangsung di Gibraltar.
Turut meraih tiket bersama Malaysia ke Piala Dunia 2025 mewakili benua Asia itu adalah Singapura dan Sri Lanka yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan tersebut.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring remaja negara atas kejayaan tersebut
"Pasukan bola jaring kebangsaan menang Juara Kejohanan Remaja Asia 2023 di Korea!!! Well done girls #DemiMalaysia," katanya menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, hari ini.
Semalam, Malaysia berjaya menempah slot ke final selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 77-36 di peringkat separuh akhir.
Sebelum ini, Malaysia muncul juara edisi 2019 apabila menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final di Kashima, Jepun.
Bagaimanapun, skuad negara terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2021 di Fiji susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia itu sebanyak lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara muncul naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini. - Foto Facebook MalaysiaNetball FC
Konflik selatan Thailand: Pasukan rundingan damai baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di selatan Thailand.
Economic Insights: Trends and trials ahead
Join Suhaimi Ilias, Group Chief Economist, Maybank Investment Bank, as he unpacks Malaysia’s economic outlook for 2025. From global headwinds to domestic resilience, discover the key trends, risks, and opportunities shaping the year ahead.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad
1. Tahun Baharu Cina disambut dengan semangat kegembiraan dan perpaduan
2. Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
3. Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
1. Tahun Baharu Cina disambut dengan semangat kegembiraan dan perpaduan
2. Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
3. Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
#AWANIRingkas 30 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 30 Januari 2025
1️⃣ Mangsa di PPS meningkat setakat 7 pagi
2️⃣ Dua kenderaan dipandu melulu langgar sekumpulan lelaki
3️⃣ Ketuai fasa peralihan Syria
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa di PPS meningkat setakat 7 pagi
2️⃣ Dua kenderaan dipandu melulu langgar sekumpulan lelaki
3️⃣ Ketuai fasa peralihan Syria
#awaniringkas
Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.
The Economy: ASEAN Rising: Global uncertainty fuels regional growth
As global geopolitics shift, Southeast Asia stands at a pivotal moment. Join Danial Rahman, CEO of ASLI, as he explores how uncertainty on the world stage is becoming a catalyst for ASEAN’s economic resilience and growth.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat setakat 7 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis siasat dakwaan isteri Along Cham ditipu
Polis Selangor sedang menyiasat kes penipuan melibatkan tawaran bantuan bagi menurunkan seksyen hukuman di mahkamah yang menyebabkan kerugian sebanyak RM95,180.
Pemimpin harus 'walk the talk', bukan sekadar tabur janji
Duta Perpaduan Kerajaan, Ikon Bahasa Melayu Negara, Lim San Shien berkata, antara pemimpin yang boleh dijadikan sebagai teladan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Skuad bola jaring pertahan gelaran Remaja Asia 2023
Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini.
Malaysia ke pentas final bola jaring
Skuad bola jaring negara melangkah bergaya ke pentas final Sukan SEA ke-30, selepas menewaskan Brunei 64-40 dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini, pada Ahad.