Wakil negara yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan keputusan 203-170, 216-257,197-180,185-222,227-161, untuk merangkul gelaran itu.
Untuk rekod, kejayaan mara ke pentas akhir selepas menyingkirkan Kuwait 3-1, dan mengulangi pencapaian bergelar juara pada 2003 di Denmark. -- Stadium Astro
