KETUA jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menegaskan penangguhan skuad kendaliannya itu berlepas ke Thailand pada Sabtu adalah disebabkan masih menunggu surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan lima pemain utama skuad berkenaan yang baru pulih daripada COVID-19.
Malah Chun Yong turut menafikan pihak pengurusan bersikap sambil lewa berhubung perkara berkenaan sehingga menyaksikan mereka belum menerima surat kelulusan (travel pass) bagi memasuki negara berkenaan.
"Kami tidak dapat berlepas ke Bangkok hari ini (Sabtu), bukanlah disebabkan kelalaian atau kegagalan pegawai FAM menghantar dokumen vaksinasi pemain dan pegawai pasukan. Kami masih menunggu surat daripada KKM.
"Berdasarkan situasi semasa, kami tidak mahu berlakunya sebarang masalah sama ada ketika berlepas di Kuala Lumpur ataupun tiba di Bangkok nanti; kerana ia akan menyulitkan lagi keadaan sekiranya pasukan atau pemain terkandas atau tidak dibenarkan masuk ke Thailand.
"Oleh itu, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, kami membuat keputusan untuk meneruskan kem latihan di Arena Futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan menangguhkan perjalanan ke Bangkok," katanya.
Untuk rekod, skuad futsal kebangsaan bakal beraksi pada Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 10 April di Bangkok.
Sementara itu, Chun Yong turut menjelaskan tidak timbul isu kerugian membabitkan kos penerbangan dan hotel penginapan kerana perkara berkenaan sudah pun dimaklumkan lebih awal.
Malah katanya, beberapa cuma beberapa perlawanan persahabatan yang sudah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.
"Pasukan kita akan hanya berlepas ke sana (Thailand), samada pada Selasa atau Rabu depan setelah segala urusan membabitkan lima pemain berkenaan selesai sepenuhnya.
"Cuma, kita terpaksa batalkan beberapa perlawanan persahabatan yang sudahpun dirancang untuk diadakan di Bangkok sekiranya kita berlepas awal pada hari ini (Sabtu).
"Apa pun, skuad futsal kebangsaan tetap akan tiba di Bangkok sebelum pertandingan sebenar Kejuaraan Futsal AFF 2022 bermula iaitu dari 2 hingga 10 April," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Mar 26 2022

Chun Yong (kiri), memberikan penerangan mengenai corak taktikal yang bakal digunakan skuad futsal kebangsaan kelak. - Foto Facebook/FAM

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.