PUTRAJAYA: Suntikan dos kedua vaksin COVID-19 memberi skuad kebangsaan keyakinan dari sudut kesihatan apabila turun beraksi pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun ini.
Ia juga merupakan agenda utama pasukan kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe sebelum kesemua pemain skuad Harimau Malaya dikumpulkan dalam kem latihan pusat bermula 16 Mei ini.
Cheng Hoe berkata suntikan dos kedua vaksin memberi 'ketenangan minda' kepadanya tatkala jumlah kes positif masih mencatat angka yang membimbangkan menjelang kem latihan pusat, namun optimis barisan pemain akan hadir dalam keadaan kesihatan terbaik.
"Yang penting kita rasa selesa dan fikiran kita tenang, sebab kita tengok sekarang kes agak banyak. Sebagai jurulatih, saya risau juga mengenai kesihatan barisan pemain.
"Dan sudah tentu selepas selesai terima dos kedua, kita akan dapat lebih fokus kepada tugasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas selesai mendapatkan suntikan dos kedua di Dewan Seri Seroja di sini, hari ini.
Cheng Hoe dan barisan pegawai pasukan kebangsaan termasuk 29 pemain negara hari ini melengkapkan kitaran vaksin COVID-19 dengan suntikan dos kedua selepas menerima dos pertama pada 19 April lepas.
Kapten skuad Harimau Malaya Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak bersama-sama barisan pemain Muhammad Safawi Rasid, Brendan Gan, Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Syahmi Safari dan Mohd Farizal Marlias antara pemain negara yang menerima suntikan itu hari ini.
Turut mendapatkan dos kedua suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu adalah dua Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S.Sivasundaram.
Sementara itu, Mohd Farizal berkata suntikan vaksin itu membina keyakinan kepada pemain yang akan berdepan UAE, Vietnam dan Thailand dalam saingan Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Bagi saya ini adalah satu perlindungan kepada pemain, jadi saya mengharapkan ia (vaksin) lebih selamat untuk masa akan datang. Saya juga harap pemain akan bersedia dari segi fizikal dan juga mental," katanya.
Dalam pada itu, Brendan menyarankan supaya orang ramai tidak berasa takut untuk mendapatkan vaksin berkenaan.
"Saya sangat berbesar hati kerana dapat suntikan vaksin dan menjadi sebahagian daripada kumpulan ini. Kebanyakan orang di luar sana perlu mendapatkan vaksin ini terutama mereka yang berisiko dan dalam kategori risiko.
"Vaksin adalah sesuatu yang positif dan saya berpendapat anda tidak perlu risau tetapi pada masa yang sama, kita juga harus berhati-hati," tambahnya.
Malaysia akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen Kumpulan G menentang Thailand pada 15 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021

Cheng Hoe dan barisan pegawai pasukan kebangsaan termasuk 29 pemain negara hari ini melengkapkan kitaran vaksin COVID-19 dengan suntikan dos kedua selepas menerima dos pertama pada 19 April lepas. - Gambar fail

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.

Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.

Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.

Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.

Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.

Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.

Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.