KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan berpesta gol membelasah Bangladesh 5-1 pada aksi kedua saingan Kumpulan B Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Salalah, Oman, malam tadi.
Pada aksi di Kompleks Belia Sultan Qaboos, skuad muda negara bimbingan Muhamad Amin Rahim bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini pada minit kelapan sebelum penyerang Shahmie Irfan Suhaimi menggandakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-13.
Skuad remaja negara terus mengganas apabila Muhammad Syamim Naim Abd Hamid cemerlang menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit kemudian, namun gawang Malaysia dirobek pada suku kedua permainan oleh Md Abdullah menerusi pukulan sudut penalti.
Shahmie Irfan kembali menjarakkan kedudukan apabila mencipta hatrik dengan jaringan pada minit ke-43 dan 59 bagi memastikan kemenangan mutlak menjadi milik Malaysia.
Mengulas mengenai kejayaan pasukan remaja kebangsaan yang mengekalkan rentak kecemerlangan, Muhamad Amin memuji sikap berdisiplin anak buahnya dalam mempersembahkan aksi menarik mengikut strategi yang diatur bagi menentang Bangladesh.
"Alhamdullilah kita berjaya mengekalkan kemenangan kedua menentang Bangladesh, ia satu jaringan yang agak baik secara keseluruhan.
"Saya puji pemain kerana mereka kekal disiplin dalam minit permainan mengikut game plan yang kita sudah aturkan dan ini adalah hasil (kemenangan).
"Kita dapat tujuh pukulan sudut penalti sepanjang perlawanan dan kita menjaringkan tiga dari tujuh, ia adalah peratusan yang baik.
"Namun, kita juga melepaskan satu gol dan saya rasa sebab (pemain) kurang tumpuan... saya harap sikap ini tidak boleh berterusan," katanya dalam video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Dua hari lepas (23 Mei), skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 dengan bergaya selepas membelasah Uzbekistan 8-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B.
Skuad muda negara akan menentang Korea Selatan pada 27 Mei dan menutup saingan kumpulan bertemu Oman (30 Mei) dengan sasaran menduduki dua tempat teratas untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Untuk rekod, Malaysia melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia buat julung kali pada 2012 sekali gus menamatkan penantian 20 tahun untuk merangkul kejuaraan itu selepas mengalahkan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023

Muhamad Amin memuji disiplin anak buahnya ketika menentang Bangladesh pada aksi sempena Kejohanan Piala Remaja Asia 2023 di Kompleks Belia Sultan Qaboos, Salalah, Oman. - Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.

Jersi baharu Young Tigers kekal identiti kuning hitam
Subahan berkata jersi yang direka khas oleh KHM itu mengekalkan identiti kuning dan hitam sebagai simbolik kepada skuad Malaysia.

Skuad hoki remaja lelaki pesta gol, benam Bangladesh 5-1
Tirai jaringan dibuka Shafiq Ikhmal pada minit kelapan sebelum Shahmie gandakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-13.