Acara memanah recurve yang akan membuka tirainya pada Ahad ini berpotensi untuk menyumbangkan dua lagi pingat emas Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) buat negara.
Keyakinan itu dikongsi Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom.
"Berdasar kepada semangat dan kerjasama berpasukan yang ditonjolkan oleh pasukan negara yang sangat baik, kami yakin skuad memanah recurve mampu hadiahkan dua pingat emas untuk negara," katanya yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.
Lima pingat emas menjadi taruhan dalam acara recurve iaitu acara individu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita serta berpasukan campuran.
Malaysia diwakili empat pemanah lelaki iaitu Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin serta empat pemanah wanita iaitu Nuramalia Haneesha Mazlan, Nur Aliya Ghapar, Nur Afisa Abdul Halil dan Loke Shin Hui.
Haziq ketika ditemui Bernama berkata beliau mahu beraksi sebaik mungkin tanpa meletakkan sebarang sasaran yang boleh mengganggu fokusnya.
"Memang persatuan letak sasaran tapi saya tidak mahu memikirkannya. Saya hanya mahu buat yang terbaik untuk diri saya dan negara," katanya yang percaya telah berada pada tahap prestasi terbaik untuk bersaing dalam temasya kali ini.
Pada edisi Sukan SEA Singapura 2015, skuad memanah recurve meraih satu pingat emas melalui acara recurve berpasukan lelaki, gandingan Haziq, Khairul Anuar dan Muhamad Ikram Joni; dua pingat perak dan satu pingat gangsa.
Haziq berkata walaupun tanpa kehadiran Muhamad Ikram yang digugurkan dari skuad Sukan SEA berikutan prestasi yang tidak konsisten; aksi mereka tidak terganggu untuk terus mempertahankan pingat emas acara berpasukan.
"Dalam pasukan ada lapan orang, kami semua berlatih sekali. Walaupun tukar orang memang tak terasa sangat. Cuma harapan saya agar semua pemanah buat yang terbaik," katanya.
Pingat acara recurve akan berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos di padang sintetik, Bandar Sukan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Pemanah negara (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang lalu. -- fotoBERNAMA / fail
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq
Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan.
Kematian Haziq akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat - Pakar forensik
Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).
Keluarga reda pemergian mengejut atlet memanah negara
Bapa Allahyarham, Kamaruddin Yusof, 59, mengakui terkejut dengan pemergian anak keduanya memandangkan dia tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau mengadu sakit kepada sesiapa.
Perginya 'Robin Hood' negara
Tragedi itu menjadi satu tamparan terhadap skuad kebangsaan memandangkan mereka berada di fasa akhir menjelang kejohanan kelayakan Sukan Olimpik di Paris, Perancis, bulan depan.
Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo - Jurulatih
Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium.
Jenazah atlet memanah Haziq Kamaruddin selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 1.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Koperasi, Serkam, Melaka berhampiran kediaman keluarga isterinya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Memanah: Akmal idam tanggungjawab lebih besar
Atlet memanah recurve negara, Akmal Nor Hasrin, bertekad meningkatkan prestasinya bagi memperoleh kejayaan peringkat individu menjelang cabaran musim 2018.
Skuad memanah recurve mampu raih dua pingat emas
Keyakinan itu dikongsi Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom.
Sukan SEA: Memanah sumbang emas ke-39
Pasukan memanah lelaki menjadikan pungutan pingat emas kontijen negara di Sukan SEA Singapura kepada 39 pingat emas setakat ini.