JOHOR BAHRU: Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita selepas menewaskan pasangan senegara Nor Ainaa Amani Ampandi, Chan Yiwen pada aksi final Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas, Skudai, di sini hari ini.
Diletakkan sebagai pilihan pertama, Aifa-Aira yang julung kali digandingkan tidak berdepan masalah apabila memperagakan corak permainan bertenaga pada aksi final untuk menewaskan rakan sepasukan itu 11-6, 11-7.
Aira berkata dia berpuas hati dengan kejayaan tersebut meskipun mengalami kecederaan buku lali yang dialami ketika aksi separuh akhir semalam.
"Sebagai pilihan utama, kami akui merasai tekanan untuk memberikan yang terbaik, namun segalanya 'menjadi' mengikut perancangan hingga berjaya memenangi acara ini.
"Ia bukanlah kejayaan yang mudah dicapai kerana berdepan masalah kecergasan setelah mengharungi 11 perlawanan dalam masa empat hari ini," katanya.
Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.
"Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.
Senada itu, Aifa menzahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kejayaan meskipun prestasi ketika menjalani latihan tidak begitu memberangsangkan.
" Syukur dengan permainan kali ini dan saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik saya yang banyak bermain dan 'she put a lot of effort' untuk memastikan kemenangan di peringkat akhir.
"Kami ada jalani latihan bersama Ainaa dan Yiwen tetapi prestasi kami tidak begitu memberangsangkan.
"Pada perlawanan tadi, kami berjaya membuktikan keserasian beraksi bersama dan Aira banyak membantu mengutip mata hingga menjuarai acara beregu wanita.
"Saya harap kemenangan ini memberikan suntikan semangat bagi mengharungi beberapa lagi kejohanan penting tahun ini," katanya.
Sementara itu, beregu lelaki negara Ong Sai Hung-Mohd Syafiq Kamal, terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada beregu India, Abhay Singh dan Belavan Senthilkumar dengan 4-11, 5-11.
--BERNAMA
TAG: skuasy, beregu Asia, Arena Emas, Aira, Aifa
Bernama
Sun Jul 07 2024

Atlet skuasy negara Aifa Azman (kanan) dan Aira Azman bergambar bersama Piala Kejohanan yang dimenangi mereka pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024 di Arena Emas hari ini. - Foto BERNAMA

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.