SHAH ALAM: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam mengejutkan juara bertahan SMK Dato' Harun Tanjong Karang menerusi kemenangan 3-2 sekali gus menjulang kejuaraan Piala Dato' Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu.
Dalam aksi di Padang Bola Sintetik Seksyen 19 itu, gol jaringan pada masa tambahan oleh Muhammad Ammar Hariz Norzaid pada minit ke-73 membawa SMK Shah Alam dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan itu buat kali pertama.
Dalam aksi itu, SMK Shah Alam membuka tirai jaringan menerusi gol dijaringkan Muhammad Muhaimin Ahmad Khairi pada mini ke-8.
Bagaimanapun, SMK Dato' Harun kemudian menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gol jaringan Muhammad Adam Iadi Sa'aban pada minit ke-20.
SMK Shah Alam kemudian menggandakan jaringan 2-1 selepas Muhammad Muhaimin sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring pasukan itu pada minit ke-23.
Serangan dilancarkan SMK Dato' Harun ke pintu gol pasukan lawan akhirnya membuahkan hasil selepas menghasilkan gol kedua pada minit ke-26 menerusi jaringan Nazhan Norsuhaimi.
Bagaimanapun tuah memihak kepada SMK Shah Alam selepas jaringan Muhammad Ammar memadam impian pasukan itu untuk muncul juara berganda pada tahun ini.
Sementara itu, perlawanan final itu turut diserikan dengan kehadiran Raja Musa Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan menyempurnakan sepak mula perlawanan akhir terbabit.
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan hadiah kejohanan kepada kedua-dua pasukan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 08 2022

Pemain SMK Shah Alam dan barisan kejurulatihan bersama Tengku Amir meraikan kemenangan selepas meraih kejuaraan pada Piala Dato' Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari
Megat Aniq Muqri Megat Azlan muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir SMK Shah Alam.

SMK Shah Alam muncul juara Piala Dato' Mokhtar Dahari
Dalam aksi itu, SMK Shah Alam membuka tirai jaringan menerusi gol dijaringkan Muhammad Muhaimin Ahmad Khairi pada mini ke-8.