JOHOR BAHRU: India membuktikan keampuhannya selepas berpesta gol membenam New Zealand 6-2 dalam aksi terakhir kumpulan B pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan India mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata, Pakistan di tangga kedua dengan empat mata dan New Zealand mengumpul tiga mata untuk menduduki tempat ketiga.
Pasukan negara terperuk di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Terdahulu, India yang tampil dengan status juara bertahan, bermula garang apabila merobek gawang pasukan Black Sticks dengan dua gol pukulan sudut penalti Lakra Amandeep seawal minit kedua dan ketujuh permainan.
Juara tiga kali SOJC di bawah kendalian C.R Kumar itu seterusnya meraih jaringan ketiga menerusi gol padang pukulan Arun Sahani pada minit ke-12.
Suku kedua menyaksikan India terus menguasai permainan dan tidak memberikan peluang kepada anak buah Aaron Ford, sehinggalah pada minit ke-29 apabila Luke Alfred membolosi gawang India menerusi pukulan sudut penalti.
Namun, pada minit ke-35 suku ketiga Amandeep mencipta hatrik untuk gol keempat India sebelum jaringan kelima hasil pukulan sudut penalti Poovanna Boby Chandura pada minit ke-52 dan Arun menerobos gawang bagi gol keenam seminit kemudian.
Bagaimanapun, Luke berjaya menghadiahkan gol kedua buat New Zealand pada minit ke-60 suku keempat dan keputusan kekal 6-2 sehingga tiupan wisel penamat.
Terdahulu, dalam perlawanan Kumpulan A pada sebelah petang, Great Britain menewaskan Afrika Selatan 2-1 dan Australia seri 2-2 dengan Jerman.
Jadual:
SELASA:
Jerman lwn Great Britain - 4.05 petang
Afrika Selatan lwn Australia - 6.05 petang
Pakistan lwn Malaysia - 8.35 malam
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

India berpesta gol mengalahkan New Zealand 6-2 dalam aksi terakhir kumpulan B pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, di Johor Bahru, malam tadi. - Foto Facebook Hockey India

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.

SOJC: Tewas kepada Jepun, Young Tigers tamatkan saingan di tempat terakhir
Kejohanan yang berlangsung sejak 19 Okt itu menyaksikan Young Tigers gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam semua perlawanan.

SOJC: Malaysia tewas 2-4 kepada India
Ia kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Jepun pada aksi kedua pada Ahad dan kepada New Zealand pada aksi pertama Sabtu lepas.

SOJC: Young Tigers gagal raih kemenangan pertama tewas 2-3 bertemu New Zealand
Skuad remaja kebangsaan gagal meraih kemenangan pertama selepas ditewaskan New Zealand 2-3 pada aksi pembukaan SOJC 2024.

SOJC: Jerman, Australia berentap di pentas final
Jerman berpesta gol menewaskan India 6-3 dan Australia pula menumpaskan Pakistan 2-1.

Malaysia akhiri saingan SOJC di tempat ketujuh, tewaskan Afrika Selatan
Skuad Young Tigers hanya mencatatkan satu kemenangan sulung pada pertandingan bawah 21 tahun itu selepas tewas dalam empat perlawanan.

SOJC: Tidak ikut perancangan punca tumpas kepada Great Britain - Ketua Jurulatih
Muhamad Amin berkata, keadaan itu menyebabkan pasukan bimbingannya memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan banyak gol.

SOJC: Malaysia kecundang kali keempat
Great Britain tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila menghasilkan gol seawal minit kelima.

SOJC: Malaysia tewas lagi, kali ini kepada Pakistan
Keputusan itu menyaksikan Malaysia tewas dalam semua tiga perlawanan berturut-turut dan menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan B.

SOJC: India kukuh kedudukan selepas benam New Zealand 6-2
Undia mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan dengan tujuh mata, Pakistan di tangga kedua, New Zealand di tempat ketiga.