KUALA LUMPUR:Perseorangan wanita utama negara Soniia Cheah serta empat lagi pemain senior digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan prestasi mengecewakan di tiga kejohanan di Thailand baru-baru ini.
Pemain lain yang digugurkan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM ialah pasangan beregu campuran Goh Soon Huat, Shevon Lai dan Lai Pei Jing serta pemenang pingat emas beregu wanita di Sukan Komanwel, Vivian Hoo.
BAM memutuskan untuk menggugurkan pemain terbabit selepas melakukan semakan berkala Project 24, iaitu pelan strategik bertujuan memupuk mentaliti mahu menang dan menghasilkan pemain terbaik dunia bagi membantu Malaysia memenangi pingat emas pada Olimpik Paris 2024 dan layak ke pusingan akhir Piala Thomas.
Pemain perseorangan lelaki Ter Chun Long dan Low Eu Cong, serta pasangan beregu lelaki Ching Kai Feng dan Ooi Jhy Dar turut digugurkan oleh badan sukan badminton kebangsaan itu.
Jawatankuasa turut memutuskan Wyman Goh, Lee Shun Yang, Shaqeem Eiman (perseorangan lelaki), K. Letshanaa (perseorangan wanita), Yap Roy King, Nurfirdaus Azman, Loo Bing Kun dan Lwi Sheng Hao (beregu lelaki) yang pada masa ini dalam tempoh percubaan, diserap ke skuad pelapis kebangsaan, kata BAM dalam kenyataan hari ini.
"Susulan bedah siasat yang dilakukan ke atas kempen Jelajah Dunia BWF peringkat Asia di Bangkok, petunjuk prestasi utama (KPI) yang terperinci telah disediakan dan diserahkan kepada pasukan jurulatih serta pemain. Kami ucapkan terima kasih kepada pemain yang berkenaan atas komitmen, dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara selama ini. BAM ucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang akan mengorak langkah dalam kerjaya baharu.
"Tan Kian Meng (beregu campuran) dan Yap Cheng Wen (beregu wanita) diberikan peluang baharu untuk membuktikan diri mereka dengan arahan tegas bahawa mereka perlu mempamerkan peningkatan prestasi yang pantas," kata BAM.
Menurut kenyataan itu, jurulatih, khususnya bagi perseorangan lelaki dan wanita, telah diarah memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi anak buah masing-masing memandangkan satu lagi semakan akan dibuat selepas saingan di Eropah bulan depan.
"Berikutan kejohanan berturut-turut di Eropah itu penting bagi kelayakan ke Olimpik Tokyo, latihan peringkat kebangsaan akan diperhebat, termasuk mengadakan sesi latihan mental untuk pemain.
"Setiap aspek sesi latihan akan dipantau rapi dan dirakamkan bagi pemeriksaan dan semakan selanjutnya. Setiap petugas di Unit Sains Sukan juga ditetapkan KPI agar mereka berusaha lebih gigih bagi menghasilkan keputusan yang terbaik," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

BAM memutuskan untuk menggugurkan Soniia Cheah dan semua pemain terbabit selepas melakukan semakan berkala Project 24. - Gambar fail

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.