KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan terpaksa menelan hakikat bahawa mereka masih belum cukup garang untuk bersaing dengan pasukan handal lain pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, selepas terus kempunan melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Keputusan seri 3-3 menentang Pakistan pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Muscat, Oman, menyaksikan Speedy Tigers bukan sahaja gagal menempatkan diri ke separuh akhir, malah menamatkan saingan Kumpulan A di tempat tercorot dengan satu mata di belakang China (3 mata), Pakistan (4 mata) dan Great Britain yang muncul juara kumpulan (9 mata).
Bekas penyerang kebangsaan Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata kelemahan ketara adalah di benteng pertahanan sehingga menyaksikan mereka tewas 2-3 kepada China dalam aksi pertama Isnin lepas, selain bolos tiga kali ketika diikat Pakistan semalam.
Menurut beliau hal itu merupakan antara faktor yang meranapkan impian pasukan bimbingan A. Arul Selvaraj untuk menamatkan kemarau 24 tahun beraksi di Sukan Olimpik.
"Sejujurnya saya tak kecewa sangat kerana persembahan Speedy Tigers tidaklah terlalu teruk, mereka boleh main cuma tidak boleh menang berkemungkinan besar disebabkan kelonggaran di bahagian pertahanan.
"Ketika menyerang, kita meninggalkan ruang cukup besar di bahagian belakang. Jadi, sukar untuk kita menutup ruang lebih-lebih lagi sewaktu berdepan serangan balas, seterusnya beri peluang kepada China dan Pakistan untuk meraih mata. Secara keseluruhan, saya rasa Malaysia belum cukup kuat ke Sukan Olimpik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain kekalahan kepada China dan seri dengan Pakistan, Malaysia juga dibelasah 1-4 oleh Great Britain, Selasa lepas.
Hanya tiga pasukan terbaik dalam kempen kelayakan di Oman akan melayakkan diri ke Paris 2024.
Justeru, Nor Saiful yang pernah beraksi sebanyak tiga kali di pentas Olimpik iaitu pada edisi Barcelona 1992, Atlanta 1996 dan Sydney 2000, menyarankan supaya Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merangka pendekatan untuk mendedahkan skuad hoki negara tentang cara permainan hoki moden seperti yang diterapkan oleh kebanyakan gergasi dunia dari Eropah ketika ini.
Katanya, ini termasuk menghantar pasukan kebangsaan menyertai siri jelajah persabahatan serta kem latihan secara lebih kerap di Eropah, selain cuba beraksi pada Liga Pro-Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia.
Sejak diperkenalkan pada 2019, Malaysia belum pernah menyertai saingan Liga Pro-FIH manakala India muncul satu-satunya pasukan dari Asia yang berentap dalam pertandingan tersebut.
Bekas pengendali skuad remaja kebangsaan itu berkata KHM juga perlu mempunyai formula baharu dalam memperkasakan pembangunan di peringkat akar umbi agar program dijalankan seiring dengan pendekatan permainan hoki moden.
Selain Malaysia, beliau juga berpendapat standard pasukan dari Asia lain seperti Jepun, Pakistan dan China belum mampu menandingi kekuatan beberapa pasukan hebat dari Eropah.
"Dahulu Perancis tiada nama dalam sukan hoki namun sekarang sukar untuk tewaskan mereka kerana boleh dikatakan (mereka) pasukan kuat kerana mereka banyak belajar cara memperhebatkan program akar umbi agar selari dengan cara permainan era sekarang," tambahnya.
Malaysia yang menghuni ranking ke-14 dunia akan meneruskan perjuangan di Oman selepas dijadualkan bertemu Chile bagi perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan, Sabtu ini.
Kali terakhir Malaysia layak ke Olimpik adalah pada edisi 2000 di Sydney.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Nor Saiful berkata kelemahan ketara adalah di benteng pertahanan sehingga menyaksikan mereka tewas 2-3 kepada China dalam aksi pertama Isnin lepas. - Gambar fail/Bernama

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Speedy Tigers belum cukup 'padu' ke Sukan Olimpik - Nor Saiful
Skuad hoki lelaki kebangsaan terpaksa menelan hakikat bahawa mereka masih belum cukup garang untuk bersaing dengan pasukan handal lain pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.

Hoki: Kesemua pemain Speedy Tigers sudah mulakan latihan hari ini
Kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman.

Speedy Tigers tewaskan Korea Selatan 2-1
Skuad hoki lelaki kebangsaan menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan yang berlangsung di Incheon.

Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers diundi bersama juara tiga kali Belanda, New Zealand, Chile
Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas getir meskipun meletakan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas Piala Dunia 2023.

Hoki: 'Saya tidak mudah putus asa' - Roelant
Berhadapan banyak kritikan selepas gagal mengemudi skuad hoki lelaki negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ketua Jurulatih Roelant Oltmans mengisytiharkan beliau tidak akan meninggalkan pasukan itu.