JAKARTA: Skuad hoki lelaki kebangsaan terlepas peluang untuk mencipta sejarah muncul juara Piala Asia buat kali pertama apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi final di Stadium di Gelora Bung Karno di sini, malam tadi.
Korea Selatan yang turun dengan status pasukan paling berjaya dengan empat gelaran, terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Malaysia dengan pukulan sudut penalti, tetapi penjaga gawang Muhammad Hafizuddin Othman bertindak baik untuk menyelamatkan percubaan itu.
Namun, kealpaan skuad 'The Speedy Tigers' pada awal suku kedua dihukum oleh pasukan bimbingan Shin Seok Kyo menerusi jaringan padang Jung Manjae pada minit ke-17.
Skuad kendalian A. Arul Selvaraj bagaimanapun menggandakan asakan dan bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Syed Mohd Syafiq Syed Cholan pada minit ke-25.
Walaupun menerima serangan bertali arus daripada Korea Selatan sepanjang suku ketiga, barisan pertahanan Malaysia tetap menjaga gawang dengan baik tanpa dibolosi.
Selepas Malaysia gagal melengkapkan dua pukulan sudut penalti secara berturut-turut pada suku terakhir Korea Selatan berjaya meraih gol kemenangan menerusi Hwang Taeil pada minit ke-52.
BACA: Piala Asia 2022: PM ucap tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan
'The Speedy Tigers' berusaha untuk kembali menyamakan kedudukan dengan meningkatkan tekanan dan intensiti perlawanan, namun terpaksa berputih mata dengan tempat kedua, walaupun memegang status sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol pada edisi kali ini, selepas meledak 31 jaringan, dua gol lebih banyak berbanding India.
"Korea Selatan secara taktikal berjaya mengekang Malaysia untuk menambah gol dan tidak dapat dinafikan terpaksa akur dengan pasukan lawan yang lebih berpengalaman," kata Arul Selvaraj selepas perlawanan itu.
Sementara itu, tonggak pertahanan negara Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menjaringkan 13 gol, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Asia kali ini, jauh meninggalkan pencabar terdekat Koji Yamasaki dari Jepun yang mempunyai enam gol.
"Pasukan telah beri yang terbaik namun kita tidak dapat mengambil peluang dengan sebaiknya," kata Muhammad Razie, yang turut diumumkan sebagai salah seorang duta Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas aksi itu.
BACA: Hoki Piala Asia: Malaysia mara penentuan trofi selepas tundukkan Jepun 5-0
Pencapaian terbaik Malaysia sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982 adalah kejayaan muncul naib juara pada edisi terdahulu (2017) di Dhaka, Bangladesh dan tempat ketiga pada 2007 di India.
Sementara itu, juara bertahan India, menamatkan kempen di kedudukan ketiga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Sukan Asia 2018, Jepun.
Skuad negara bagaimanapun sudah mengesahkan tiket beraksi di Piala Dunia di India tahun depan selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok pasukan terbaik Piala Asia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan tewas 1-2 kepada pasukan Korea Selatan pada aksi Final Piala Asia di Stadium di Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi. -- fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.

MHL 2025 peluang pemain bukti kehebatan untuk sertai Speedy Tigers - Sarjit
Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 menjadi platform pemilihan pemain untuk menyertai skuad hoki kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Sarjit Singh.

ACT: The Speedy Tigers akhiri cabaran di tempat keenam
Skuad hoki negara mengakhiri saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di tempat keenam selepas tewas kepada Jepun.

Speedy Tigers tutup kempen Eropah dengan kekalahan
Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen jelajah Eropah dengan satu lagi kekalahan, kali ini tumpas kepada India, 1-2, di Zwolle Hockey Club, Belanda pada Ahad.

Sarjit kecewa persembahan Speedy Tigers selepas dibelasah Jerman
Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Sarjit Singh nyata kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 10-1 oleh Jerman.

Speedy Tigers adakan Siri Jelajah Eropah bulan depan
Speedy Tigers akan menghadapi tujuh perlawanan menentang Belgium, Jerman, Belanda dan India dalam jelajah selama dua minggu itu.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.

Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.

Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.

SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.