KUALA LUMPUR: Skuad Speedy Tigers perlu bijak mengawal tempo perlawanan apabila berdepan pasukan dengan corak permainan berintensiti tinggi seperti India, sekiranya mahu menamatkan penantian lebih dua dekad beraksi di pentas Olimpik.
Malah, kapten pasukan Muhammad Marhan Mohd Jalil percaya berdasarkan aksi final bertemu pasukan nombor tiga dunia, India pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023, Sabtu lepas, skuad negara mampu mencipta sejarah muncul juara Sukan Asia buat julung kalinya, September ini.
Pada aksi final di Chennai itu, pasukan negara yang berada di ranking kesembilan dunia, hampir mencipta kejutan ke atas pasukan tuan rumah India apabila mendahului 3-1 pada separuh masa pertama, sebelum tewas tipis 3-4.
"India sentiasa berada di prestasi baik kerana banyak bermain dengan pasukan dengan permainan tempo tinggi, jadi kita perlu pandai kawal perlawanan supaya tidak ikut rentak mereka, biar mereka yang ikut rentak kita. Kita dah tunjukkan mesej di final yang kita mampu menjaringkan gol, namun harus elak dibolosi.
"Biasanya tekanan lebih tinggi kepada pasukan yang sedang mendahului berbanding pasukan yang mengejar. Jika kita berhati-hati apabila mendahului, mengekalkan momentum seperti separuh masa pertama dan kurangkan dilayangkan kad, kita boleh mengatasi mereka," katanya kepada pemberita semalam.
Tonggak tengah berusia 33 tahun itu turut memuji rakan sepasukan yang mempamerkan prestasi dan keyakinan tinggi serta berharap mereka mengekalkan momentum untuk meraih emas Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Pingat emas di Sukan Asia amat penting buat Malaysia kerana juara di Hangzhou dapat mengesahkan kelayakan awal ke Sukan Olimpik Paris 2024, selepas kali terakhir beraksi pada edisi 2000 di Sydney.
Sementara itu, ketua jurulatih A. Arulselvaraj percaya anak buahnya mampu muncul juara di Hangzhou, sekiranya mereka terus mempamerkan peningkatan, terutamanya untuk mengatasi India.
"Pada pandangan saya, India memang pasukan yang bagus kerana sentiasa bermain dengan pasukan terbaik dunia, beraksi di Pro League dan tempo perlawanan yang pantas. Sebab itu kita ingin beraksi menentang pasukan seperti Australia, Belanda dan Belgium.
"Namun, pada pandangan saya, kita lebih baik daripada India dalam beberapa aspek seperti tersusun di atas padang, posisi dan permainan secara berpasukan," katanya.
Pada Sukan Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, Oman, Thailand dan Indonesia, manakala India berada dalam Kumpulan A bersama Jepun, Pakistan, Bangladesh, Singapura dan Uzbekistan.
Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Pencapaian terbaik Malaysia di Sukan Asia adalah pingat perak di edisi 2010 Guangzhou dan 2018 Jakarta-Palembang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
![Speedy Tigers perlu bijak kawal tempo perlawanan - Marhan Speedy Tigers perlu bijak kawal tempo perlawanan - Marhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692011817_TheSpeedyTigers.jpg)
Pingat emas di Sukan Asia amat penting buat Malaysia kerana juara di Hangzhou dapat mengesahkan kelayakan awal ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari 38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738921935_ZulkafliSariaat.jpg)
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
![Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635504957_AnnaJenkins.jpg)
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
LBS rai Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 Bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS) di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Rabu.
11 pekerja asing kilang haram ditahan bersama RM21.83 juta e-waste
Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak menyerbu sebuah kilang memproses peleraian buangan elektrik dan elektronik (e-waste) haram di Machang Bubok dan merampas e-waste bernilai RM21.83 juta.
Jenayah penipuan pelaburan (setakat 2 Februari 2025)
Sejumlah 765 kes penipuan pelaburan telah dicatatkan setakat 2 Februari 2025. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut menyatakan jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta.
2,000 ditahan kerana dadah dalam 37 hari
Lebih 2,000 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan dadah di Perak dalam tempoh 37 hari tahun ini, dari Januari hingga Khamis.
![Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683260579_BolaTamparLelakiM.jpg)
Sukan SEA: Malaysia tiada pilihan' - Ketua pasukan bola tampar lelaki
Skuad bola tampar lelaki negara tekad berjuang habis-habisan apabila menentang Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan bagi memburu slot ke separuh akhir pada Sukan SEA 2023.
![Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600647570_bigstage.jpg)
Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir
Hafiz dan Nana berada di tangga tiga terbawah bersama seorang lagi peserta, Dinie Rashid, apabila mendapat markah terendah pada minggu tersebut.
Terbuka Hong Kong: Nicol ke separuh akhir
Pada perlawanan peringkat suku akhir, pemain berusia 29 tahun berasal dari Pulau Pinang ini mengalahkan Kasey Brown dari Australia, untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Piala AFF: Indonesia kalahkan Singapura 1-0
Pasukan Indonesia kembali memberikan saingan dalam Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pendahulu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu.
Thailand ke separuh akhir Piala AFF 2012
Kemenangan kedua berturut-turut itu membolehkan Thailand selaku juara 1996, 2000 dan 2002 mengumpul enam mata keseluruhan untuk menerajui Kumpulan A.