KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya boleh tersenyum lebar selepas menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan di Korea Selatan yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Jingcheon, Incheon.
Walaupun cuma meraih kemenangan tipis namun ia bermakna buat skuad Speedy Tigers, selepas mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama (21 Jun) dan ketiga (25 Jun) manakala tewas pada perlawanan kedua (23 Jun), menentang skuad kebangsaan Korea Selatan itu.
Pemain pertahanan Muhammad Najib Abu Hassan hari ini, beraksi cemerlang memecahkan kebuntuan pada minit ke-28 menerusi jaringan gol padang, untuk memastikan skuad kendalian A. Arul Selvaraj mendahului, sebelum pasukan tuan rumah meledak gol penyamaan melalui jaringan padang pada minit ke-36.
Enggan tewas, Speedy Tigers terus melancarkan serangan bertali-arus kepada pihak lawan, sebelum penyerang negara Shamie Irfan Suhaimi muncul wira untuk mengesahkan kemenangan menerusi jaringan padang pada minit ke-45, sehingga wisel penamat dibunyikan.
Arul Selvaraj dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media, berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan dipersembahkan anak buahnya, namun mengakui masih ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada kejohanan akan datang.
"Empat perlawanan ini, memberi kita sedikit sebanyak informasi tentang pasukan Korea Selatan sebab mereka bermain dengan sepenuhnya dan banyak yang kita boleh ambil dan perbaiki dalam jelajah ini.
"Kita memerlukan lebih banyak gol penalti (untuk perlawanan selepas ini), bagaimanapun jaringan padang yang dilakukan pemain, sangat banyak dan saya berpuas hati," katanya.
Pada Rabu lepas (21 Jun), skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan itu dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan, sebelum tewas tipis 2-3 kepada lawan sama dua hari kemudian (23 Jun), dan terus dilanda kebuntuan apabila sekali lagi seri 2-2 menentang Korea Selatan pada Ahad (25 Jun).
Siri jelajah persahabatan itu juga akan menjadi salah satu medan persediaan buat pasukan kebangsaan menjelang Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia, yang akan berlangsung dari 3 hingga 12 Ogos di Chennai, India.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Skuad hoki lelaki kebangsaan menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan yang berlangsung di Incheon. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Speedy Tigers belum cukup 'padu' ke Sukan Olimpik - Nor Saiful
Skuad hoki lelaki kebangsaan terpaksa menelan hakikat bahawa mereka masih belum cukup garang untuk bersaing dengan pasukan handal lain pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad negara selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.

Hoki: Kesemua pemain Speedy Tigers sudah mulakan latihan hari ini
Kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung di Muscat, Oman.

Speedy Tigers tewaskan Korea Selatan 2-1
Skuad hoki lelaki kebangsaan menewaskan pasukan Korea Selatan 2-1, dalam perlawanan akhir siri jelajah persahabatan yang berlangsung di Incheon.

Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers diundi bersama juara tiga kali Belanda, New Zealand, Chile
Skuad hoki lelaki negara bakal berdepan tugas getir meskipun meletakan sasaran melepasi saingan peringkat kumpulan di pentas Piala Dunia 2023.

Hoki: 'Saya tidak mudah putus asa' - Roelant
Berhadapan banyak kritikan selepas gagal mengemudi skuad hoki lelaki negara ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Ketua Jurulatih Roelant Oltmans mengisytiharkan beliau tidak akan meninggalkan pasukan itu.