KUANTAN: Skuad Sri Pahang FC nyaris kecundang di tangan Kuching City FC di laman sendiri malam tadi pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini selepas mengulangi kecuaian sama semasa berdepan KL FC, sebelum ini.
Ketua Jurulatihnya Fandi Ahmad juga mengakui kawalan longgar oleh pemainnya mengundang bahaya kepada skuad Tok Gajah sehingga Kuching City memperoleh sepakan percuma yang membolehkan pasukan pelawat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-15.
"Kita menurunkan tempo permainan selepas menjaringkan gol pertama yang diperoleh secara penalti dan masalah timbul apabila Kuching City mendapat sepakan percuma.
"Para pemain kita tidak mengawal pemain lawan dengan baik sehingga melepaskan mereka menjaringkan gol penyamaan dan perkara sama juga berlaku semasa menentang KL City sebelum ini," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.
Pada perlawanan itu, Sri Pahang mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Kuching City untuk meraih tiga mata berharga.
Gol pertama Tok Gajah diperoleh menerusi penalti yang disempurnakan Stefano Brundo pada minit ke-13 sebelum Kuching City menyamakan kedudukan menerusi tandukan Pedro Henrique selang dua minit kemudian.
Pasukan pelawat mendahului jaringan pada minit ke-25 melalui Abu Kamara sebelum Sri Pahang memperoleh gol kedua menerusi pemain tengah Kuvondik Ruziev pada minit ke-42 dan penyerang Rafael Da Silva menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.
Fandi berkata kedudukan 2-2 pada separuh masa pertama memberi tekanan kepada anak buahnya sehingga memaksanya melakukan beberapa pertukaran pemain.
"Kita kurang menekan mereka tapi sebaliknya mereka yang menekan kita sehingga berjaya mendominasi permainan sebelum aksi Sri Pahang kembali meningkat pada babak kedua.
"Satu daripada faktornya ialah Stefano Brundo yang bermain di posisi pertahanan ditukar ke posisi tengah dan lebih menggembirakan saya apabila Rafael Da Silva berjaya mencipta jaringan pertama buat dirinya," katanya.
Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak pula menyifatkan nasib kurang menyebelahi pasukannya walaupun sudah mencuba yang terbaik sepanjang perlawanan.
"Kita bermain dengan amat baik pada babak pertama tetapi babak kedua kita membenarkan mereka menyerang. Kita menerima keputusan ini dan akan melakukan penambahbaikan dalam pasukan.
"Walaupun sebuah kelab kecil, namun saya percaya Kuching City FC mampu pergi lebih jauh dan dapat menyesuaikan diri dengan latihan yang diberikan serta semakin berkeyakinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Fandi berkata kedudukan 2-2 pada separuh masa pertama memberi tekanan kepada pemain Sri Pahang FC sehingga memaksanya melakukan beberapa pertukaran pemain.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

Sabah FC buru impian beraksi di pentas final Piala Malaysia
Alto berkata Sabah FC fokus mencapai kemenangan biarpun bukan beraksi di laman sendiri dan dijangka berdepan tentangan sengit daripada pasukan lawan.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.

Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.

Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.

Perak jadikan Sri Pahang mangsa seterusnya, gol terpantas Fernandez julang Selangor
Perak FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan Luciano Guaycochea pada minit ke-43 berpunca sepakan sudut diambil Tommy Mawat Bada.