KUALA LUMPUR: Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal ditutup hujung bulan depan bagi memberi laluan kerja-kerja penambahbaikan, menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di sini, Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Anil Sandhu berkata proses itu akan dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi memastikan venue itu benar-benar bersedia menjadi medan perjuangan 16 pasukan pada kejohanan itu pada 5 hingga 16 Dis ini.
"PSM mungkin akan cat semula tempat duduk penonton selain memasang kain rentang kejohanan di dalam stadium serta memastikan kondisi padang dalam keadaan baik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata sebuah padang terletak bersebelahan stadium itu, yang akan dijadikan tempat pemanas badan sebelum perlawanan bermula, juga ditutup untuk tujuan sama.
Katanya tahap persediaan pihaknya sudah mencapai 70 peratus dan yakin jawatankuasa lain juga mencapai tahap kemajuan sama ke arah menjayakan penganjuran itu.
Pada kejohanan Piala Dunia Remaja itu Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Argentina dan bekas juara, Australia serta Chile.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke suku akhir manakala selebihnya akan beraksi bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.
Dalam pada itu, Anil tidak menolak kemungkinan saingan Liga Hoki Remaja Malaysia 2023 yang membuka tirai Khamis ini hingga 19 Ogos, bakal menjadi platform pemain muda menambat hati jurulatih Muhamad Amin Rahim untuk disenaraikan dalam skuad 'Young Tigers'.
Katanya 28 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita bakal berentap dalam liga itu yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bagi divisyen 1 lelaki dan final, Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang (divisyen 2 lelaki zon utara), Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka (divisyen 2 lelaki zon selatan) dan Stadium Hoki Lembah Pantai (wanita).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Proses itu akan dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan venue itu benar-benar bersedia menjadi medan perjuangan 16 pasukan pada kejohanan itu pada 5 hingga 16 Dis ini. - Gambar fail
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Jerman julang trofi Hoki Piala Dunia Remaja 2023 buat kali ketujuh
Ia kemenangan JWC keempat Jerman di Malaysia, selepas merangkul tiga kejuaraan sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009.
Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ditutup bermula hujung September
Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bakal ditutup hujung bulan depan bagi memberi laluan kerja-kerja penambahbaikan, menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di sini, Disember ini.
Kerja pembaikan Stadium Hoki Nasional bermula bulan depan
PSM telah berhubung dengan pihak pembekal yang bersetuju untuk menggantikan permukaan padang secara percuma.
Malaysian Tigers dikecewakan New Zealand sekali lagi
Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua d