Satu struktur baharu bola sepak akan diwujudkan dengan membabitkan semua pihak yang berminat dengan sukan itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, beliau percaya skop kerjasama antara semua pihak itu boleh diusahakan demi kebaikan bola sepak negara.
"Tugas saya adalah untuk lihat bagaimana kita dapat membawa semua pihak itu terlibat sama dalam struktur baharu yang akan kita hasilkan nanti," katanya selepas majlis memperkenalkan pelumba GP2 dan GP3 di sini, hari ini.
Pelumba berkenaan ialah Nabil Jeffri dan Akash Neil Nandy, masing-masing akan berlumba dalam Siri GP2 dan GP3 bersempena penganjuran perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini.
Menurut Khairy, idea itu dicetuskan dalam pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Rabu lepas.
"Saya percaya ada skop kerjasama yang boleh diusahakan. Ada beberapa perkara yang perlu tindakan susulan yang akan diambil oleh saya dan Tunku Ismail," katanya.
Menurut Khairy, pertemuan lebih dua jam dengan Tunku Ismail itu cukup positif dengan banyak idea dibincangkan.
Mengulas lanjut mengenai perjumpaan tersebut, Khairy berkata struktur baharu yang bakal diwujudkan itu akan turut melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sebagai rekod, sebelum ini Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, menjelaskan perjumpaan itu bagi membincangkan hala tuju, berkongsi pendapat selain mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kemerosotan bola sepak negara selain program yang melibatkan belia.
Menurut Tunku Ismail, perjumpaan itu turut membolehkan Khairy mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan bola sepak terutamanya projek JDT serta program belia yang diharapkannya dapat dijalankan di negeri berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Tunku Ismail mencabar Khairy, wakil FAM, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B. Satianathan dan Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim untuk mengadakan debat terbuka.
Ia susulan kemerosotan prestasi skuad kebangsaan yang jatuh merudum ke tangga 174 dunia dalam ranking FIFA, kedudukan terburuk sejak ranking berkenaan diperkenalkan pada Disember 1992.
Khairy kemudiannya dilaporkan bersetuju mengadakan debat berkenaan walaupun Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin meminta ia dijalankan menerusi perbincangan tertutup.
Bernama
Fri Apr 29 2016
Idea struktur baharu bola sepak negara itu dicetuskan dalam pertemuan Khairy dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan JDT Rabu lepas. - Foto Facebook Johor Southern Tigers r
Apakah langkah kerajaan menangani krisis demografik? - Mohd Shahar
Ahli Parlimen Paya Besar berkongsi kebimbangan akan datang wujud krisis demografik disebabkan kesihatan mental wanita yang semakin merosot dan wujud golongan yang menyokong child-free.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Soon Huat-Shevon berlatih di ABM
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan menyertai kem latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
EPL: Asensio, Disasi ikut langkah Rashford ke Aston Villa
Aston Villa membawa masuk pemain tengah Paris Saint-Germain, Marco Asensio dan pertahanan Chelsea, Axel Disasi secara pinjaman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan membabitkan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina Islam akan dihantar ke pihak pendakwa raya secepat mungkin.
Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.