Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatan yang disandang dalam badan induk berkenaan termasuk jawatan exco berkuat kuasa serta merta.
Bekas pengadil FIFA itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat setelah ahli keluarganya turut menerima kecaman hebat daripada netizen susulan pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman ketika aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Okt lepas.
Subkhiddin, 51, memaklumkan beliau sudah menyiapkan surat peletakan jawatannya dan akan menyerahkan surat berkenaan kepada FAM dalam tempoh terdekat.
"Bapa saya sudah meninggal dunia dan ada segelintir peminat bola sepak yang menghamburkan kata-kata kesat kepada ahli keluarga saya dalam laman sosial dan saya rasa itu sudah cukup. Saya nak sumbangkan tenaga saya kepada bola sepak Malaysia tetapi bila tidak dihargai, saya minta maaflah, itu prinsip saya.
"Netizen ini kadang-kala saya lihat turut tidak beretika ketika membuat komen di laman sosial," katanya selepas sidang media mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengadil FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Subkhiddin turut meminta maaf kepada pengurusan FAM termasuk Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana mengambil keputusan tersebut, namun menegaskan ia dibuat untuk mengelak ahli keluarganya daripada terus dikecam netizen di laman sosial.
BACA: Perak juara Piala Malaysia 2018
BACA: Tunku Ismail bidas mutu pengadilan lemah di final Piala Malaysia
Dalam pada itu, Subkhiddin mempertahankan tindakan beliau memilih Suresh Jayaram sebagai pengadil untuk aksi final Piala Malaysia antara Perak dan TFC, sambil menambah pemilihan pengadil berusia 30 tahun itu dibuat berdasarkan pengalaman luas dimiliki Jayaram dalam mengadili beberapa perlawanan Liga Malaysia sebelum ini.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan, mendesak Subkhiddin meletak jawatan selepas Jayaraman gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Jayaraman membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia yang dikatakan sebagai jaringan sah.
Perak muncul juara Piala Malaysia 2018 setelah mengatasi TFC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi penuh perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018

Subkhiddin (gambar) berkata beliau memilih Suresh Jayaram sebagai pengadil untuk aksi final Piala Malaysia antara Perak dan TFC berdasarkan pengalaman luas dimilikinya dalam mengadili beberapa perlawanan Liga Malaysia sebelum ini. - Gambar fail

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Subkhiddin letak semua jawatan dalam FAM
Keputusan dibuat setelah ahli keluarganya turut menerima kecaman hebat daripada netizen susulan pengadilan yang lemah oleh Suresh Jayaraman ketika aksi final Piala Malaysia antara Perak dan TFC.