BIRMINGHAM: Susulan prestasi kurang memberangsangkan jaguh lompat tinggi kebangsaan sejak kebelakangan ini, Nauraj Singh Randhawa yang menjalani latihan di Jerman, perlu pulang ke Malaysia sekiranya mahu kembali berada pada tahap sebenarnya.
Pengurus pasukan olahraga kebangsaan di Sukan Komanwel Birmingham 2022, M Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) berbanding latihan sendiri di Jerman ketika ini.
Katanya, prestasi Nauraj ketika menjalani latihan di MSN sangat mengagumkan termasuk memecah rekod kebangsaan iaitu 2.30 meter (m) yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura pada 2017.
Iyaru juga difahamkan Nauraj tidak menghantar laporan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai prestasi terkininya di Jerman.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku padanya di Jerman, sepatutnya tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas acara final lompat tinggi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander, di sini, malam tadi.
Nauraj menampilkan aksi mengecewakan apabila menjadi atlet pertama tersingkir daripada 13 peserta yang bersaing dalam acara final, sekali gus menduduki tangga tercorot dengan catatan terbaik dan juga pertamanya iaitu 2.05 meter (m).
Beliau tersingkir selepas gagal dalam kesemua tiga percubaan bagi melepasi lompatan kedua iaitu 2.10m.
Nauraj ketika ditemui pemberita selepas aksi final mendedahkan mengalami kecederaan tumit sehingga menjejaskan prestasinya dalam penampilan ketiganya di temasya sukan berprestij itu selepas Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018.
Lebih mengejutkan, Iyaru memaklumkan Nauraj yang dilihat bersemangat untuk memadam rekod kebangsaannya di sini, tidak memaklumkan status kecederaan dialami sebelum turun bertanding.
Justeru, Iyaru yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi Nauraj mahu atlet itu bersikap jujur selepas ini.
"Jika gagal seperti ini memang mengecewakan, anda mesti memahami (harapan) seluruh negara, kita perlu jawab nanti (prestasi Nauraj di Birmingham)," tambahnya.
Sementara itu, Iyaru menyarankan agar KOM duduk berbincang bersama atlet berusia 30 tahun itu untuk menyelami masalah dihadapi serta masa depannya dalam sukan ini sehingga menyaksikannya gagal membuktikan tahap keupayaannya termasuk sekadar meraih perak pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, sekali gus mengakhiri dominasi Malaysia pada temasya dwitahunan itu sejak edisi Manila 2005.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Aksi Nauraj Singh yang gagal melepasi ketinggian 2.10 meter dalam tiga percubaan, sekali gus menjadi peserta pertama tersingkir dalam pusingan akhir itu di Stadium Alexander, Birmingham, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.