PETALING JAYA: Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools menyeru rakan sepasukannya untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China, bulan depan.
Pemain pertahanan kelab Thailand, Buriram United itu, berkata dua aksi persahabatan di tempat lawan adalah perlawanan penting menjelang tugas berat menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
"Kami mempunyai dua perlawanan yang sangat baik (Jun lalu) tetapi kini tiba masanya untuk kerja serius, perlawanan yang sangat penting akan datang sekarang, dua lawan yang sangat kuat.
"Perlu memastikan kami bersedia terlebih dahulu untuk layak ke Piala Dunia dan Piala Asia pada Januari," kata pemain kecukan Belgium-Malaysia berusia 27 tahun itu ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Persatuan Bola Sepak Wisma of Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Malaysia akan berdepan dengan Syria pada 6 Sept dan China, tiga hari berikutnya.
Cools tidak bersama skuad kendalian Kim Pan Gon dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, Jun lalu, kerana melangsungkan perkahwinan.
Bagaimanapun, beliau dijangka terus menjadi tonggak penting buat Harimau Malaya di pusingan akhir Piala Asia nanti.
Katanya, peluang memakai lilitan kapten semula tidak membebankan sebaliknya dapat memberi keyakinan ketika beraksi.
Menurutnya, walaupun tidak menggalas tugas sebagai kapten, beliau tetap berasa sangat bertanggungjawab ketika berada di padang.
"Saya mahu menang setiap kali menyarung jersi Malaysia, lilitan lengan ini memberi keyakinan kepada saya untuk membantu pasukan dengan lebih banyak lagi," katanya.
Sementara itu, Sergio Aguero, antara pemain naturalisasi yang dimiliki Harimau Malaya ketika ini, optimis skuad negara mampu menandingi Syria dan China, yang berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia.
"Sudah tentu, kedua-dua perlawanan persahabatan itu sangat sukar namun kami juga mempunyai barisan pemain yang bagus dan bersedia berdepan dengan pasukan besar," kata pemain skuad Sri Pahang berusia 29 tahun itu.
Sementara itu, dalam hantaran Facebook FAM pada Rabu, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menuntut peningkatan prestasi daripada pemain bermula dari dua perlawanan di Chengdu sebagai menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia tahun depan.
"Medan ujian buat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia bermula dengan dua aksi di China sebelum berdepan India dan Palestin/Tajikstan pada Pestabola Merdeka 2023. Seterusnya pada November kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan.
"Kesemua pasukan ini kedudukan ranking mereka adalah lebih baik daripada kita. Sudah tentu, ini menjadi medan ujian terbaik buat kita mempamerkan kemampuan sebenar bagi bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Kapten skuad Harimau Malaya menyeru rakan sepasukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China. - Gambar fail
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.