KUALA LUMPUR: Desas-desus mengatakan Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditunda ke tahun depan adalah tidak benar, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Berdasarkan maklum balas diterima daripada penganjur dan Majlis Olimpik Asia (OCA) baru-baru ini, beliau mengesahkan kedua-dua pihak tersebut menafikan penangguhan temasya sukan di China itu yang dijadualkan dari 10 hingga 25 Sept ini.
"Mereka (penganjur dan OCA) menafikan khabar angin bahawa Sukan Asia akan ditunda atau dibatalkan, jadi, buat masa ini ia akan berjalan seperti yang dirancang," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen Malaysia 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah agensi media antarabangsa yang mengatakan temasya itu mungkin ditangguhkan susulan peningkatan kes COVID-19 di Shanghai, yang terletak kurang 200 kilometer (km) dari Hangzhou.
Shanghai merekodkan penularan wabak COVID-19 yang buruk di China dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sehingga menyaksikan 25 juta penduduknya berkurung di rumah selama berminggu-minggu susulan sekatan dikenakan ke atas mereka.
Dalam pada itu, Mohamad Norza memaklumkan hanya 864 atlet dan pegawai akan menyertai Sukan SEA Hanoi, Vietnam, bulan depan, berbanding 883 orang seperti diumumkan sebelum ini.
Beliau berkata jumlah terkini itu merangkumi 589 atlet terdiri daripada 364 lelaki dan 225 wanita, selain 275 pegawai.
Menurutnya, pengurangan jumlah kontinjen negara di Vietnam itu mengambil kira pengguguran beberapa atlet akibat kecederaan antaranya atlet olahraga Luqmanul Hakim Khairul Akmal, Tan Ing Yueh (gimnastik artistik) dan Natasha Ezzra Abu Bakar (lawan pedang).
Sukan SEA Hanoi akan diadakan pada 12 hingga 23 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ketika sidang media selepas Pelancaran Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia 2022 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Sukan Asia: Aaron-Wooi Yik tambah kilauan gangsa buat kontinjen negara
Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pada perlawanan separuh akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Jumaat.
Pocket Rocketman perlu sokongan semua
Azizulhasni wajar diberikan peluang untuk bangkit semula kerana beliau adalah wira yang telah banyak mengharumkan nama negara.
Skuad lelaki perlu kuasai tahap kesukaran terjunan baharu
Skuad terjun lelaki negara dituntut memanfaatkan latihan pusat di Sichuan, China dengan menguasai tahap kesukaran terjunan baharu bagi memberi saingan sengit pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou.
Speedy Tigers dalam fasa penting persiapan capai impian emas Sukan Asia
Tumpuan kali ini adalah perkara yang perlu diperhalusi termasuk pukulan sudut penalti dan aspek teknikal yang perlu dimantapkan.
'The Pocket Rocketman' sumber inspirasi Zakiah
Katanya, dia hanya 'mampu' memerhatikan sahaja Mohd Azizulhasni dari jauh tanpa menyapanya ketika menghadiri satu majlis anugerah.
Sukan Asia: Acara berpasukan lelaki jadi sandaran emas di Hangzhou
Acara berpasukan lelaki menjadi taruhan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjelmakan kilauan pingat emas pada temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Prestasi di Kemboja tidak pengaruhi Sukan Asia - MSN
Katanya, acara dipertandingkan di kedua-dua temasya sukan berkenaan tidak sama selain mempunyai senario berbeza.
Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda
Pembatalan berkenaan diumumkan oleh pihak penganjur sukan berkenaan pada Jumaat setelah peningkatan semula wabak berkenaan.
Sukan Asia 2022 tidak ditunda - MOM
Desas-desus mengatakan Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditunda ke tahun depan adalah tidak benar, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria..
Peruntukan RM10 juta bantu persiapan penampilan sulung E-Sukan di Sukan Sea 2019
Dana RM10 juta berkenaan akan disalurkan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).