HANGZHOU: Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara sedikit bernasib baik apabila merangkul pingat gangsa pada final acara Sukan Asia itu yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou di sini, malam ini.
Ia selepas penyertaan kuartet Bahrain dibatalkan selepas salah seorang pelari negara itu didapati melakukan kesalahan TR24.7 iaitu membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan.
Terdahulu gandingan Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy menampilkan larian bertenaga untuk mencatat masa 45.01 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat keempat.
Kuartet China memenangi emas selepas menjadi yang terpantas melepasi garisan penamat dengan catatan 43.39s sementara Thailand membawa pulang perak selepas merekodkan 44.32s.
Kejayaan itu membolehkan Shereen menggondol pingat keduanya selepas meraih gangsa acara 400m wanita Sabtu lepas.
Sementara itu, penyertaan kuartet 4x100m lelaki negara dibarisi bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi dibatalkan atas kesalahan TR17.3.1 iaitu pencerobohan lorong.
Terdahulu, mereka menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 39.19s.
Pingat emas menjadi milik kuartet China yang melintasi garisan penamat dengan catatan 38.29s diikuti Jepun yang merangkul perak (38.44s) dan Korea Selatan membawa pulang gangsa selepas merekodkan 38.74s.
Dalam pada itu, atlet lompat tinggi wanita negara Norliyana Kamaruddin menamatkan saingan final di tempat terakhir daripada keseluruhan 13 peserta dengan catatan lompatan setinggi 1.65m.
Sementara atlet lompat kijang Andre Anura Anuar menamatkan final di tempat kelapan daripada keseluruhan 13 peserta dengan lompatan sejauh 16.00m.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Atlet Kuartet Wanita negara (dari,kiri) Shereen Samson Vallabouy, Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias dan Nur Afrina Batrisya menerima pingat gangsa dalam acara Akhir 4 x 100 M pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto BERNAMA
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Sukan Asia Hangzhou: Kuartet 4x100m wanita negara tiga terbaik Asia
Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara sedikit bernasib baik apabila merangkul pingat gangsa pada final acara Sukan Asia itu yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou, malam ini.