HANGZHOU: Pingat perak sudah berada dalam genggaman skuad sepak takraw lelaki negara selepas melangkah ke final regu berpasukan temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan menumpaskan Laos 2-0 di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua di sini, hari ini.
Pada pertembungan separuh akhir itu, regu pertama dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Farhan Adam dan Muhammad Haziq Hairul Nizam ditentang sengit trio lawan sebelum mencatat kemenangan 21-17, 21-19 dalam perlawanan yang memakan masa 53 minit itu,
Momentum itu diteruskan trio Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi yang tidak berdepan masalah mencatat keputusan 21-14, 21-14 ketika menentang regu kedua Laos untuk menoktahkan kemenangan pasukan.
Bagaimanapun, jurulatih negara Ahmad Jais Baharun, menyifatkan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi final menentang juara bertahan Thailand, Jumaat ini.
"Untuk perlawanan hari ini secara peribadi saya rasa regu pertama perlu beraksi lebih garang, perlu lebih banyak variasai serangan menerusi tekong dan rejaman harus lebih padu. Dari segi pertahanan juga harus diperkemaskan," katanya selepas perlawanan.
Thailand mara ke final selepas mengatasi Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Kekalahan Korea Selatan dan Laos itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi gangsa.
Pertembungan antara Malaysia dan Thailand ibarat ulangan final edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia yang menyaksikan skuad negara terpaksa berpuas hati membawa pulang perak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Pertembungan antara Malaysia dan Thailand nanti ibarat ulangan final edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.- Foto FB Persatuan Sepaktakraw Malaysia

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri
[TERKINI] UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
UMNO pandang serius sebarang cubaan kaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.
AWANI Ringkas: Kes mati kakitangan Pejabat Perbendaharaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia lancar peluru berpandu di Kryvyi Rih
Rusia melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah hotel di bandar Kryvyi Rih, Ukraine tengah lewat malam Rabu sehingga menyebabkan dua nyawa terkorban dan mencederakan tujuh yang lain.

Eda Ezrin belum dibenar keluar penjara, perlu tunggu rayuan pendakwaan - Peguam
Pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan, dan keenam-enam tertuduh masih perlu berada di dalam penjara sementara menunggu keputusan rayuan.

Sukan Asia Hangzhou: Thailand halangan emas regu berpasukan lelaki negara
Pingat perak sudah berada dalam genggaman skuad sepak takraw lelaki negara selepas melangkah ke final regu berpasukan temasya Sukan Asia Hangzhou.