HANGZHOU: Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son, yang diramal mampu menyumbangkan pingat pertama kontinjen negara di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, menamatkan saingan akhir changquan lelaki, di kedudukan kedua tercorot di sini, hari ini.
Keputusan mengejutkan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali itu, menyaksikan Weng Son kempunan menaiki podium Sukan Asia buat julung kali pada penampilan keduanya di temasya berkenaan, selepas membuat penampilan pertamanya pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 31 tahun itu, mengumpul keseluruhan 9.000 mata di posisi ke-13 daripada keseluruhan 14 peserta.
Pingat emas dimenangi atlet tuan rumah Sun Peiyuan yang juga juara dunia 2015, selepas mengumpul keseluruhan 9.840 mata sekali gus mempertahankan kilauan yang dimenangi edisi lepas.
Juara dunia 2019 dan pemenang emas Sukan SEA 2023 Edgar Xavier Marvelo dari Indonesia, meraih perak (9.786 mata) dan gangsa menjadi milik wakil Macau Song Chi Kuan selepas memungut 9.760 mata.
Bercakap kepada media selepas saingan akhir itu, Weng Son yang menduduki tempat kesembilan dalam acara sama pada edisi lalu, tetap berpuas hati dengan persembahannya biarpun tidak berjaya menuai pingat untuk kontinjen negara.
"Untuk kali ini ia lebih baik daripada penampilan pertama saya sebelum ini, saya sudah buat persiapan yang baik, saya tidak rasa gementar dan penuh berkeyakinan untuk berjuang sebaik mungkin.
"Tapi dalam keadaan ini ada darjah kesukaran yang saya tidak pasti sama ada dapat mencapainya atau pun tidak, perlu lihat semula (ulang tayang)...mungkin capai tapi malangnya juri tidak beri markah sepenuhnya," kata juara dunia 2017 dalam acara jianshu itu.
Mengulas lanjut, beliau berazam mengubati kekecewaannya pada dua kejohanan akan datang, masing-masing Sukan Tempur Dunia di Riyadh, Arab Saudi pada Oktober ini dan Kejohanan Dunia di Texas, Amerika Syarikat sebulan kemudian.
"Di kejohanan dunia akan bertanding acara kegemaran saya iaitu jianshu dan qiangshu, saya akan cuba sekali lagi dapatkan pingat...kekurangan (ketika ini) tidak begitu banyak, cuma kena perbaiki dari segi ketahanan dan stamina, tetapi kedua-dua faktor itu memang pada tahap terbaik hari ini," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, seorang lagi atlet negara Sydney Chin akan turun beraksi dalam final acara taijijian wanita pada sebelah petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son beraksi pada acara akhir changquan lelaki di Pusat Sukan Xiaoshan Guali hari ini. - Foto Bernama

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.

Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.

Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.

Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.