KUALA LUMPUR: Penyerang skuad hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn bersyukur dapat membuktikan semula sentuhannya pada Sukan Asia Hangzhou 2022 setelah menjalani hukuman penggantungan awal tahun ini.
Walaupun digantung daripada beraksi bersama Malaysian Tigress, Hanis Nadiah berkata hukuman tersebut langsung tidak melunturkan semangatnya untuk bekerja keras termasuk melakukan sesi latihan secara sendirian dalam usaha menambat semula hati Ketua Jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim yang menyenaraikannya semula ke dalam skuad kebangsaan.
"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua barisan jurulatih yang masih percaya dengan kemampuan saya.
"Setiap hari saya bekerja keras untuk kembali menyertai pasukan dengan melakukan lebih kerja dan latihan di luar padang dalam usaha membantu pasukan pada Sukan Asia," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, baru-baru ini.
Pemain berusia 26 tahun itu yang teruja membuat penampilan kedua di Sukan Asia selepas edisi 2018 berkata, beliau mahu menggunakan pengalaman diraih di Jakarta-Palembang bagi membimbing 11 pemain yang bakal membuat penampilan sulung pada temasya empat tahun sekali tersebut.
Hanis pada masa sama juga mahu optimis skuad negara mampu mengulangi pencapaian edisi lepas untuk menamatkan saingan sebagai pasukan kelima terbaik pada Sukan Asia kali ini.
Dalam pada itu, Mohd Nasihin memuji komitmen tinggi dipamerkan Hanis Nadiah yang berusaha melakukan latihan sendirian sebelum dan pulang dari bekerja.
Pada 9 Feb lepas, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara dan Konfederasi Hoki Malaysia membuat keputusan menggantung Hanis Nadiah susulan komen didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara, Januari lalu.
Keputusan tersebut menyebabkan beliau terlepas peluang mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang menyaksikan Malaysia muncul juara dengan menewaskan Thailand 4-1 di final.
Sementara itu, Mohd Nasihin tekad membuktikan pasukannya bukan hanya makan angin di Hangzhou sebaliknya yakin dapat mengumpul pengalaman sebanyak mungkin dalam membantunya membentuk pasukan yang lebih mantap pada edisi 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
Malaysian Tigress diletakkan dalam Kumpulan A bersama India, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura bagi Sukan Asia 2022.
Mereka bakal berdepan Hong Kong dalam perlawanan pertama kumpulan (25 Sept) diikuti India (29 Sept), Singapura (1 Okt) dan Korea Selatan pada 3 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Pemain hoki kebangsaan, Hanis Nadiah Onn bercakap kepada pengamal media mengenai Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil baru-baru ini. - Foto Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sukan Asia: Hanis Nadiah bersyukur diberi peluang kedua bersama Malaysian Tigress
Penyerang skuad hoki wanita kebangsaan Hanis Nadiah Onn bersyukur dapat membuktikan semula sentuhannya pada Sukan Asia Hangzhou 2022.