KUALA LUMPUR: Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 Sept tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 Sept hingga 8 Okt 2023.
Temasya empat tahun sekali itu sebelum ini ditunda sehingga 2023 susulan peningkatan kes COVID-19 di China seperti yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Mei lepas.
Kenyataan OCA hari ini memaklumkan sejak dua bulan lepas, pasukan petugas khas telah mengadakan pelbagai perbincangan dengan Jawatankuasa Olimpik China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan pihak berkepentingan lain untuk mencari penyelesaian bagi penganjuran temasya itu agar tidak mempunyai konflik dengan acara sukan antarabangsa lain.
Menurut kenyataan itu, tarikh baharu berkenaan telah disyorkan oleh pasukan petugas khas dan diluluskan oleh lembaga eksekutif OCA.
"OCA mengucapkan terima kasih kepada HAGOC, Jawatankuasa Olimpik China serta pihak kerajaan di semua peringkat untuk kerja keras mereka dalam melakukan persiapan penganjuran temasya sukan itu semasa pandemik dan memastikan ia dapat berlangsung pada tahun depan.
"OCA juga ingin menzahirkan penghargaan atas kesabaran yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Persekutuan Antarabangsa atau Persekutuan Asia serta pihak berkepentingan lain," katanya.
Bernama
Tue Jul 19 2022
Temasya empat tahun sekali itu sebelum ini ditunda sehingga 2023 susulan peningkatan kes COVID-19 di China seperti yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Mei lepas.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke September 2023
Sukan Asia ke-19 yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September akan ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Sukan Asia ke-19 ditunda ke tarikh baharu September 2023 - OCA
Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 Sept tahun ini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu dari 23 Sept hingga 8 Okt 2023.