Ketua Kontinjen negara (CDM) ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.
Beliau berkata tuaian pingat negara akan dijangka hadir menerusi sukan-sukan seperti berbasikal trek, pelayaran dan karate, dan juga skuasy apabila kedua-dua wakil negara, Datuk Nicol David dan S. Sivasangari mara ke final acara perseorangan wanita.
"Ini baru masuk sukan-sukan yang ada potensi pingat emas untuk kita. Kita punya atlet-atlet Kategori A dan Program Podium baru memulakan perjuangan mereka, kita yakin mereka akan dapat memberikan sumbangan kepada pungutan pingat.
Boling telah berjaya menyumbang sebutir emas dan dua perak dan kita masih harapkan satu lagi pingat menerusi acara Masters wanita esok (Ahad). Sebelum ini memang ada sukan seperti bola baling dan kabaddi, yang berada dalam Kategori B, kita tidak harapkan pingat, tetapi jika dapat kira bonus," katanya.
Beliau ditemui media Malaysia ketika hadir menyaksikan acara boling berpasukan lelaki di Pusat Boling Jakabaring di sini.
Terdahulu, Nicol mara ke pusingan akhir selepas membenam K. Dipika Pallikal dari India 11-7, 11-9, 11-6 manakala Sivasangari, 19, mencipta satu lagi kejutan apabila mengatasi pemain nombor 16 dunia, Joshna Chinappa juga dari India 12-10, 11-6, 9-11 dan 11-7 di Jakarta.
Abdul Azim turut agak kecewa beberapa persatuan sukan yang sebelum ini menjanjikan pingat, tetapi gagal membawa pulang sebarang pingat seperti sukan menembak dan wushu.
Sementara itu, Timbalan CDM (Palembang), Datuk Dr SS Cheema yakin kontinjen negara di kluster Palembang mampu menghadiahkan sekurang-kurangnya dua kilauan pingat menerusi acara Masters wanita (boling) dan acara antara regu sepak takraw.
"Buat masa ini kita gembira dengan apa yang dicapai di sini dan ada harapan lagi. Acara Masters wanita ada peluang kerana pemain kita menduduki tempat pertama (Syaidatul Afifah Badrul Hamidi) dan keempat (Natasha Roslan) secara keseluruhan buat masa ini.
Saya gembira Jakarta pun sudah mula melihat kilauan pingat sekarang...ia merupakan motivasi yang besar kepada kontinjen kita," katanya.
Setakat pukul 6.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) pada hari ketujuh, Malaysia telah meraih sebutir pingat emas, empat perak dan satu gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 25 2018
![Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535213956_AbdulAzimMohdZabidi.jpg)
Abdul Azim turut agak kecewa beberapa persatuan sukan yang sebelum ini menjanjikan pingat, tetapi gagal membawa pulang sebarang pingat seperti sukan menembak dan wushu. - Foto Bernama
![Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738840652_Pembuatkavadi.jpg)
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
![Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730150286_MasErmieyati.jpg)
Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.
![Program akar umbi PN Perak-Perak FC: Misi bola sepak negara dikuasai anak tempatan Program akar umbi PN Perak-Perak FC: Misi bola sepak negara dikuasai anak tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692321783_TBAbdulAzim.jpg)
Program akar umbi PN Perak-Perak FC: Misi bola sepak negara dikuasai anak tempatan
Sepanjang tahun ini Perak FC telah menyasarkan lapan daerah untuk program terbabit bermula di Perak Tengah pada 29 Julai lalu.
![Enggan tercorot Liga Super, Perak FC komited baiki kedudukan Enggan tercorot Liga Super, Perak FC komited baiki kedudukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690497092_PerakFootballClub.jpg)
Enggan tercorot Liga Super, Perak FC komited baiki kedudukan
Amaran itu jadi kebimbangan pihak pengurusan yang berazam membawa perubahan untuk memastikan Perak FC terus bersaing dalam Liga Super.
![Bajet kami bukanlah lumayan macam JDT - Pengerusi Perak FC Bajet kami bukanlah lumayan macam JDT - Pengerusi Perak FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663412416_PerakFC.jpg)
Bajet kami bukanlah lumayan macam JDT - Pengerusi Perak FC
Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, mereka mempunyai bajet sendiri yang tidak begitu besar.
![Perak FC lantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih Perak FC lantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663065984_LimTeongKim.jpg)
Perak FC lantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih
Perak FC mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.
![FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/81535213956_AbdulAzimMohdZabidi.jpg)
FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.
![Sukan SEA: MOM beri amaran buat tiga persatuan gagal lunas hutang Sukan SEA: MOM beri amaran buat tiga persatuan gagal lunas hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/9/azim-zabidi.jpg?ext=.jpg)
Sukan SEA: MOM beri amaran buat tiga persatuan gagal lunas hutang
Tiga persatuan berkenaan perlu melunaskan hutang yang berjumlah ratusan ribu ringgit sebelum dibenarkan untuk menghantar atlet ke temasya itu.
![Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535213956_AbdulAzimMohdZabidi.jpg)
Sukan Asia: Kontinjen Malaysia baru mula panas - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yakin Malaysia mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas kerana acara-acara berpotensi menyumbang pingat baharu bermula.
![Syakilla kekal pembawa Jalur Gemilang, namun terima empat hukuman Syakilla kekal pembawa Jalur Gemilang, namun terima empat hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532038079_atletkarate.jpg)
Syakilla kekal pembawa Jalur Gemilang, namun terima empat hukuman
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan itu bersetuju dengan syarat-syarat ditetapkan untuk terus berada dalam skuad negara.
![Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61502606054_urinetest.jpg)
Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.