HANGZHOU: Dua atlet negara berpangkalan di Amerika Syarikat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy, membuat penampilan sulung di Sukan Asia dengan bergaya apabila masing-masing melepasi saringan pertama di Stadium Olimpik Hangzhou malam tadi.
Muhammad Azeem, raja pecut berusia 19 tahun, mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter (m) lelaki selepas mengungguli saringan ketika dengan 10.28 saat (s), mengatasi juara Asia 2017 Hassan Taftian dari Iran (10.42s) dan Ali Anwar Ali al-Balushi dari Oman (10.47s).
Pemegang rekod kebangsaan dengan 10.09s itu menduduki tempat kesembilan keseluruhan, dengan wakil tuan rumah Xie Zhenye (10.07s), Pusipol Boonson dari Thailand (10.13s) dan Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia (10.22s) berada di tiga terbaik.
Ketika ditemui pemberita, Muhammad Azeem berkata, sasarannya pada perlumbaan malam ini adalah untuk memenangi peringkat saringan sekali gus mara ke peringkat seterusnya.
"Sasaran saya adalah untuk menang peringkat saringan dan 10.27s masa yang masih baik untuk layak ke separuh akhir. Ia satu perlumbaan yang baik walaupun ini merupakan kali pertama berlari pada waktu malam dalam tempoh enam tahun... Harap esok dapat perbaiki lagi catatan masa," katanya.
Seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan turut layak ke separuh akhir selepas merekodkan 10.48s untuk menduduki tempat ke-19 keseluruhan.
Sementara itu, Shereen layak ke peringkat akhir acara 400m wanita selepas memenangi saringan ketiga dan berharap mampu menamatkan kemarau pingat 17 tahun Malaysia di Sukan Asia, esok.
Atlet berusia 25 tahun itu mencatatkan masa 52.89s, kira-kira satu saat kurang daripada rekod kebangsaan miliknya 51.80s, untuk mengatasi pelari Vietnam Hoang Thi Minh Hanh (53.89s) dan Sahib E Asra dari Pakistan (55.18s).
Catatan masa itu meletakkan Shereen di tempat kelima daripada keseluruhan 18 pelari, dengan dua wakil Bahrain Adekoya Oluwakemi Mujidat (50.53s) dan Salwa Eid Naser (52.52s) masing-masing di tempat pertama dan kedua.
"Gembira kerana dapat mara ke pusingan akhir dalam penampilan pertama saya di Sukan Asia. Sasaran saya adalah untuk layak ke peringkat akhir, dan gembira dapat lakukannya... Harap dapat menyumbang pingat kepada Malaysia, dua pelari Bahrain sangat hebat, mereka adalah pesaing saya," katanya.
Bagaimanapun, nasib berbeza buat Umar Osman apabila terlepas tempat di final acara 400m lelaki selepas merekodkan 46.58s, berbanding rekod kebangsaan miliknya 46.09s, untuk menamatkan saingan di tempat ke-11 keseluruhan.
Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong menamatkan saingan di tempat ke-10 daripada 11 peserta akhir selepas melakukan balingan 57.46m.
Wakil tuan rumah mendominasi dua tempat teratas selepas Wang Zheng melakukan balingan 71.53m untuk meraih pingat emas diikuti Zhao Jie yang mememangi perak (69.44m) manakala pingat gangsa dimenangi atlet Korea Selatan, Kim Taehui (64.14m). - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia dengan bergaya apabila masing-masing melepasi saringan pertama di Stadium Olimpik Hangzhou malam tadi. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.

Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.

Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.

Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.

Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.

Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.

Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz

Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.