HANGZHOU: Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung saingan Kumpulan B, di Stadium Gongshu Canal Sports Park di sini, hari ini.
Pada pertembungan itu, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj yang diberi julukan Speedy Tigers, menerima tentangan sengit Thailand di awal permainan, sebelum berjaya memecah kebuntuan menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit kelapan.
Anak buah Arul Selvaraj, menambah dua gol masing-masing menerusi Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-21 dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-30, sekali gus meletakkan pasukan selesa mendahului 3-0, di penghujung suku kedua permainan.
Thailand semakin tertekan apabila ketinggalan 0-7 selepas Nik Muhammad Aiman mencetak gol peribadi kedua pada minit ke-32, diikuti jaringan Muhammad Azrai (minit ke-34) serta dua gol pukulan sudut penalti disempurnakan Muhamad Aminudin Mohd Zain, masing-masing pada minit ke-43 dan ke-45.
Malaysia melengkapkan pesta gol ke atas Thailand yang dibimbing jurulatih dari Korea Selatan Kim Jung Chul, selepas Abdul Khaliq Hamirin dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar masing-masing berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti, pada minit ke-57 dan ke-60.
Arul Selvaraj berkata barisan pemain yang diturunkan berdepan Thailand, ternyata membalas kepercayaan yang telah diberikan.
"Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain, kerana ini perlawanan pertama. Lagi pun keputusan seperti ini memang sudah dijangka. Selain daripada dua kad yang dilayangkan kepada pemain saya, yang saya lihat bukanlah salah pemain, selebihnya saya berpuas hati dan menikmati perlawanan ini.
"Kita fokus daripada perlawanan ke perlawanan dan daripada situ, kita akan membina momentum untuk menghadapi aksi seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.
Sebagai rekod, pada perlawanan itu Faiz Helmi Jali menerima kad hijau pada minit ke-29 dan Muhajir Abdu Rauf dilayangkan kad kuning, pada minit ke-55.
Skuad Speedy Tigers yang meraih perak pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia akan berdepan Oman pada aksi kedua di venue sama, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
![Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0 Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695533913_TeamHoki.jpg)
Arul Selvaraj berkata barisan pemain yang diturunkan berdepan Thailand, ternyata membalas kepercayaan yang telah diberikan. - Gambar/ MHC
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705660713_KimPanGon.jpg)
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
![Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700773844_ParaAsiaHangzhou.jpg)
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
![Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698544988_KLetshanaa.jpg)
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
![Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698079130_HokiPialaDuniaRem.jpg)
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
![Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026 Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696780325_AichiNagoyaS.jpg)
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
![Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696720229_MuhammadArifAfifud.jpg)
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
![Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696720135_NgJoeEe.jpg)
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
![Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024 Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696646871_SharulAimy.jpg)
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
![Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696505613_LovelyAnneRobberth.jpg)
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
![Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696500263_ZiiJiavsPrannoy.jpg)
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.