MELAKA: Atlet karate muda negara Zakiah Adnan teruja apabila namanya terpilih mewakili negara untuk beraksi pada Sukan Asia di Hangzhou, China bermula 23 Sept hingga 8 Oktober ini.
Zakiah, 20, yang mengakui terkejut dengan pengumuman itu, berazam memberikan prestasi terbaiknya untuk bersaing dengan atlet yang lebih senior dan hebat sebagai membalas kepercayaan diberikan.
"Sebelum ini saya rasa saya ini tidak ada apa-apa, tapi dengan pemilihan ini dan kejayaan meraih pingat gangsa di Kejohanan Sukan Karate Asia (AKF) 2023 ia menaikkan lagi semangat saya," katanya kepada pemberita ditemui selepas kejohanan AKF yang berakhir pada Ahad.
Pada Ahad, Presiden MAKAF Datuk Nur Azmi Ahmad mengumumkan pemilihan Zakiah selepas atlet itu berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Kumite bagi kategori 61 kilogram pada kejohanan itu.
Nur Azmi menunaikan janjinya untuk memberikan slot di Sukan Asia sekiranya anak buahnya berjaya menyumbang pingat di AKF, selain akan turut membawa kesemua atlet terpilih bertanding di tiga kejohanan di Tunisia, Maghribi dan Eropah sebagai persiapan.
Bagi Zakiah, tempoh berbaki dua bulan sebelum temasya itu akan digunakan sebaiknya untuk memantapkan teknik serta memperbaiki kelemahan.
Selain Zakiah, enam lagi atlet karate yang terpilih mewakili negara ke Sukan Asia adalah Mohammad Arif Afifuddin, H. Sankar Sureeya, S. Prem Kumar dan R. Shamendran bagi lelaki, manakala kategori wanita adalah C. Shahmalarani dan P. Madhuri yang masing-masing akan bertanding dalam acara individu Kumite.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Zakiah berazam memberikan prestasi terbaiknya untuk bersaing dengan atlet yang lebih senior dan hebat sebagai membalas kepercayaan diberikan. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

'The Pocket Rocketman' sumber inspirasi Zakiah
Katanya, dia hanya 'mampu' memerhatikan sahaja Mohd Azizulhasni dari jauh tanpa menyapanya ketika menghadiri satu majlis anugerah.

Sukan Asia: Zakiah teruja terpilih wakili negara
Atlet karate muda negara Zakiah Adnan teruja apabila namanya terpilih mewakili negara untuk beraksi pada Sukan Asia di Hangzhou, China bermula 23 Sept hingga 8 Oktober ini.