BIRMINGHAM: Kejayaan merampas pingat emas acara berpasukan campuran dengan menewaskan juara bertahan India 3-1, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan sahaja memberi makna besar buat skuad badminton negara malah kepada rakyat Malaysia secara amnya.
BACA: Sukan Komanwel: Badminton berpasukan Malaysia tebus semula emas, tewaskan India 3-1
Pemain beregu wanita negara M.Thinaah yang berpasangan dengan Pearly Tan untuk menyumbang mata ketiga dan seterusnya mengesahkan pingat emas kembali ke dakapan pasukan badminton kebangsaan, mendedikasikan pencapaian gemilang malam tadi kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong skuad negara selama ini.
Pearly-Thinaah menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, 21-18, 21-17 sekali gus dapat membantu Malaysia membalas dendam kekalahan 1-3 kepada India dalam aksi final Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
Thinaah bagaimanapun enggan terbuai dengan kejayaan dilakar di Dewan 5 Pusat Pameran Nasional itu sebaliknya mahu mengalih tumpuan dalam acara beregu wanita bersama Pearly di sini, selepas ini.
"Saya rasa buat masa ini kami hanya mahu kembali ke momentum kami dan memulakan yang baharu dalam acara beregu wanita," katanya kepada pemberita selepas majlis pengalungan pingat.
Dalam pada itu, Pearly memaklumkan kecederaan kaki yang dialaminya pada penghujung perlawanan set kedua tidak begitu serius dan boleh kembali beraksi untuk memburu pingat dalam acara beregu wanita.
Pencapaian malam tadi bukan sahaja menambah koleksi emas negara pada temasya empat tahun sekali itu kepada tiga setakat ini, malah turut mengukuhkan status Malaysia sebagai negara paling berjaya dalam acara berpasukan campuran dengan empat emas sejak pertama kali dipertandingkan pada edisi Manchester 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Skuad badminton negara meraikan kejayaan merangkul pingat emas selepas regu wanita negara, Thinaah Muralitharan dan Pearly Tan Koong Le berjaya menewaskan pasukan badminton India. - Foto BERNAMA
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
MOM alu-alukan penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengalu-alukan keputusan Malaysia untuk menerima tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan melihatnya sebagai peluang penting untuk mengaktifkan semula indus
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.