BIRMINGHAM: Kesilapan terjunan pada percubaan keempat sudah memadai untuk menafikan gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri pingat gangsa pada aksi final acara 10 meter (m) platform seirama di temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham, di sini pada Sabtu.
Menuju ke terjunan keempat di tempat kedua keseluruhan, pasangan itu silap langkah dan hanya mampu mengumpul 41.28 mata untuk menjunam ke kedudukan keenam dan tercorot dengan jumlah 211.08 mata.
Walaupun pulih untuk mencatatkan 75.84 mata - tertinggi dalam lima terjunan mereka - ia hanya mencukupi untuk naik dua anak tangga di tempat keempat dengan jumlah pungutan keseluruhan 286.92 mata iaitu hanya kurang 0.96 mata daripada pemenang gangsa, Robyn Birch-Emily Martin (287.88) dari Australia.
Penerjun negara memulakan langkah dengan perlahan dengan catatan 48.60 mata pada terjunan pertama untuk menduduki tempat keempat sebelum naik ke tempat kedua apabila mencatatkan 51.00 mata pada terjunan kedua untuk mengumpul jumlah 99.60 mata.
Pemenang pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, baru-baru ini, Pandelela-Nur Dhabitah, mengekal kedudukan kedua selepas terjunan ketiga apabila memperoleh 70.20 mata untuk keseluruhan 169.80 mata.
Pada ketika itu, gandingan negara itu kelihatan baik untuk buruan sekurang-kurangnya pingat perak sebelum situasi berubah.
Gandingan Australia, Charli Petrov-Melissa Wu, yang turut melakukan kesilapan pada terjunaan keempat, tetapi mampu mendahului saingan untuk merangkul emas dengan 306 mata manakala wakil England, Eden Cheng-Andrea Spendoloni Siriex meraih perak dengan 298.86 mata.
Pandelela, bagaimanapun, berkata, beliau tidak menyesal terlepas peluang sekali lagi untuk membawa pulang pingat emas kerana merasakan terjunannya semakin baik selepas persembahan hambar pada Khamis (4 Ogos), yang menyaksikan beliau mendapat tempat ke-11 dalam acara 10m platform individu.
"Saya berasa lebih baik daripada Khamis lalu dan sebenarnya saya hanya berharap untuk beraksi seperti biasa mengikut perancangan dalam sesi latihan. Menang dan kalah adalah perkara biasa dalam sukan. Anda hanta perlu menerimanya secara positif dan bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di zon campuran di Pusat Akuatik Sandwell.
Nur Dhabitah, yang terdahulu merangkul pingat perak bersama Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama, berkata beliau bersyukur mempunyai pasangan yang memahami keadaan seperti Pandelela, lebih-lebih lagi selepas beliau tidak dapat melakukan terjunan sempurna pada aksi final.
Pandelela masih mempunyai peluang terakhir untuk membuktikan kehebatannya apabila berganding dengan Jellson Jabilin pada acara 10m platform seirama campuran, Isnin ini (8 Ogos).
Sementara itu, Nur Dhabitah akan beraksi dalam acara 3m papan anjal individu wanita pada 7 Ogos dan 3m papan anjal seirama campuran dengan Muhammad Syafiq Puteh pada hari terakhir temasya itu, Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Atlet terjun negara Datuk Pandelela Rinong bersama rakannya Nur Dhabitah Sabri melakukan aksi terjunan dalam acara 10M Seirama Wanita Akhir. - Foto BERNAMA
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
AWANI Tonight 24 Jan 2025
AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
Its About YOUth: Advancing disability rights in Malaysia
The challenges, rights, and support for persons with disabilities deserve attention every day of the year. Hasbeemasputra Abu Bakar and his colleague from SIUMAN Collective share their lived experiences and discuss how Malaysia should make inclusivity the norm.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh Trump.
AWANI Tonight: Next for Gen AI - Mimicking human cognitive abilities
Global economic leaders expressed cautious optimism about the year ahead on the final day of the World Economic Forum 2025. Astro AWANI’s Lead Editor, Najib Aroff, reports from Davos, Switzerland.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.