ALOR SETAR: Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mempertahankan pingat emas menerusi kategori 61 kilogram (kg) di Sukan Komanwel 2022, baru-baru ini menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya.
Muhamad Aznil, 28, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini berkata kemenangan itu ditujukan khas memandangkan isterinya, Aina Izzati Masri, 23, dan ahli keluarga telah banyak berkorban serta memahami kerjayanya sebagai atlet negara.
"Persiapan saya seterusnya ialah untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2024, jadi saya hendak beri tumpuan pada itu dahulu.
"Sebelum ini memang saya ada nyatakan hasrat untuk bersara pada usia 32 tahun tetapi saya akan tengok pencapaian pada Sukan Komanwel seterusnya. Saya hendak cuba dapatkan emas buat kali ketiga berturut-turut kerana masih belum ada atlet yang berjaya cipta sejarah," katanya.
Terdahulu, Muhamad Aznil tiba di lapangan terbang berkenaan dari Kuala Lumpur kira-kira 2.15 petang bersama Aina Izzati dan ahli keluarganya sebelum disambut hampir 100 peminat yang menunggu 'Badang Negara' itu.
Pada 30 Julai lepas, Muhamad Aznil memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional, Birmingham apabila meraih emas selepas melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285kg sekali gus mencatat rekod baharu temasya.
Sementara itu, Aina Izzati berkata beliau berbangga atas pencapaian suaminya.
Beliau berkata buat masa ini Muhamad Aznil akan berehat dan meluangkan masa bersama keluarganya di Kampung Baru, Bukit Pinang di sini kerana sudah lama tidak berjumpa berikutan sibuk membuat persiapan bagi temasya sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022

Pada 30 Julai, Muhamad Aznil meraih emas selepas melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285kg sekali gus mencatat rekod baharu Sukan Komanwel bagi kategori 61kg. - Gambar/ Bernama
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.

Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.

Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian.

Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan
Kerajaan Kedah akan mempertimbangkan untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.

Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga
Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya di Kedah.

Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang
Skuad skuasy negara meneruskan aksi cemerlang di Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern menempah slot ke separuh akhir.