BIRMINGHAM: Selepas 11 hari mengerah keringat dan kudrat, kontinjen negara menamatkan cabaran di Sukan Komanwel 2022 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih keseluruhan tujuh pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa.
Kejayaan itu sekali gus menyamai pencapaian ketika edisi 2018 di Gold Coast, Australia apabila kem Malaysia membawa pulang tujuh pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.
Malah, kejayaan tersebut juga melepasi sasaran enam pingat emas ditetapkan pada temasya edisi Birmingham ini.
Pada hari terakhir temasya semalam (Isnin), beregu utama wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia di Pusat Pameran Nasional (NEC) apabila mudah mengatasi Chloe Birch-Lauren Smith dari England dalam saingan akhir.
Pasangan negara itu yang membuat penampilan sulung pada temasya kali ini mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan wakil tuan rumah 21-5, 21-8.
Terdahulu, hasrat untuk melihat pemain perseorangan lelaki utama negara Ng Tze Yong menghadirkan kilauan emas tidak kesampaian apabila beliau tumpas kepada pemain nombor satu India, Lakhsya Sen 21-19, 9-21, 16-21.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal mempertahankan emas acara perseorangan lelaki yang dimenangi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.
Di kolam renang, skuad terjun negara menamatkan cabaran pada hari terakhir temasya kali ini dengan meraih satu pingat gangsa dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama campuran.
Pingat itu dijelmakan Nur Dhabitah Sabri dan Muhammad Syafiq Puteh dalam acara yang pertama kali dipertandingkan di Sukan Komanwel sekali gus menyaksikan skuad terjun membawa pulang keseluruhan tiga perak dan satu gangsa.
Pencapaian itu bagaimanapun disifatkan mengecewakan selepas acara terjun disasarkan menyumbangkan satu emas kepada kontinjen negara pada temasya edisi Birmingham ini.
Sementara itu, pasukan skuasy negara boleh menarik nafas lega apabila berjaya membawa pulang satu gangsa kali ini.
Pasangan Rachel Arnold-Aifa Azman menghadiahkan pingat gangsa tunggal pasukan skuasy negara apabila mengetepikan cabaran rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen 2-0 (11-3, 11-9) pada saingan penentuan pingat gangsa semalam.
Selepas berakhir kesemua acara semalam sejak temasya berkenaan dibuka secara rasmi pada 28 Julai, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Australia berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan apabila meraih 67 pingat emas, 57 perak dan 54 gangsa diikuti tuan rumah England 57-66-53 manakala Kanada di tempat ketiga dengan 26-32-34.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Beregu utama wanita negara Pearly Tan-M Thinaah menghadiahkan pingat emas ketujuh Malaysia di Pusat Pameran Nasional, Birmingham pada Isnin. - Foto BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.