BIRMINGHAM: Juara beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 baharu Pearly Tan-M Thinaah tidak mahu bermegah dengan kejayaan dicapai semalam sebaliknya mahu sentiasa berpijak di bumi nyata.
Pearly menegaskan bahawa mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia selepas mengecewakan gandingan tuan rumah Chloe Birch-Lauren Smith, 21-5, 21-8 dalam aksi final pada Isnin.
"Saya sangat gembira dan bangga dapat membolehkan Negaraku berkumandang kali kedua di sini, Kami tidak boleh terlalu dibuai dengan kejayaan hari ini dan akan terus berjuang pada kejohanan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat di sini.
Thinaah pula percaya pingat emas dimenangi mereka di Birmingham pasti meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk beraksi di kejohanan akan datang.
Thinaah turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang perjuangan mereka di temasya empat tahun sekali itu.
Terdahulu, pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong menghadiahkan pingat perak selepas tewas kepada Lakshya Sen dari India 21-19, 9-21, 16-21.
Kem badminton menyumbang emas menerusi berpasukan campuran selepas mengecewakan India 3-1, selain turut meraih dua pingat gangsa masing-masing menerusi acara beregu lelaki (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) dan beregu campuran (Tan Kian Meng-Lai Pei Jing).
Kontinjen negara menamatkan kempen di Birmingham 2022 dengan tujuh emas serta masing-masing lapan perak dan gangsa.
Majlis penutupan Sukan Komanwel edisi ke-22 akan diadakan di Stadium Alexander, Perry Barr di sini, pada 8 malam waktu tempatan (3 pagi 9 Ogos waktu Malaysia).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

M Thinaah dan Pearly Tan berjaya meraih pingat emas ketujuh negara setelah mengalahkan pasangan beregu England pada aksi badminton akhir di Birmingham, 8 Ogos 2022. --fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.